putaran per minit | rotation per minute | Ukuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal. | Menengah Atas |
nilai kalori | calorific value | Jumlah haba yang dibebaskan semasa pembakaran sejumlah bahan api atau makanan tertentu. Nilai ini diukur dengan menggunakan kalorimeter bom, dan dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram. | Menengah Rendah |
tekanan | pressure | Daya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa. | Menengah Rendah |
ketumpatan | density | Jisim per unit isi padu sesuatu bahan yang dinyatakan dalam unit S.I., kilogram per meter padu. | Menengah Rendah |
tekanan | pressure | Daya per unit luas yang bertindak secara serenjang dengan permukaan. | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Perubahan halaju per unit masa. | Menengah Atas |
ketumpatan | density | 1. Jisim per unit isi padu sesuatu bahan. 2. Keamatan penggunaan tanah yang dikira berdasarkan bilangan orang bagi setiap unit keluasan. | Menengah Atas |
kepadatan | density | Bilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan. | Menengah Atas |
jisim molar | molar mass | Jisim satu mol bahan dalam unit gram per mol. | Menengah Atas |
asid monobes | monobasic acid | Asid yang mempunyai satu atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid hidroklorik (HCI) dan asid nitrik (HNO3). | Menengah Atas |