Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plat] | ڤلت

Definisi : jarum penyemat, peniti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plat] | ڤلت

Definisi : kepingan nipis logam, plastik, dsb utk menulis nama, nombor, dsb; ~ arloji piring jam tempat ditulis angka; ~ layar sarung jari tukang pembuat layar; ~ nombor plat yg memaparkan nombor pendaf­taran sesebuah kenderaan (spt kereta, moto­sikal dsb), biasanya dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu; ~ panas besi leper, biasanya pd dapur gas atau elektrik yg dipanaskan dgn kuasa elektrik, digunakan utk memasak atau memanaskan makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plat] | ڤلت

Definisi : kepingan logam (plastik dll) yg tipis: nombor ~ nombor yg terdapat pd plat kenderaan. ~ muka plat yg berlubang-lubang permukaannya dan digunakan utk melarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plat


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cakeradiscPlat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat RajahSekolah Rendah
profasaprophasePeringkat pertama mitosis dan meiosis, iaitu ketika kromosom menjadi jelas, iaitu berbentuk pendek dan tebal sebelum membentuk plat metafasa.Menengah Atas
tiub tapissieve tubeTiub di dalam tisu floem, yang terbina daripada sel tapis yang bersambung dari hujung ke hujung dan dipisahkan oleh plat tapis, berfungsi dalam pengangkutan sebatian organik terutamanya gula ke seluruh bahagian tumbuhan.Menengah Atas
diafragmadiaphragm1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera.Menengah Atas

Kembali ke atas