Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.yap] | رايڤ

Definisi : 1. anai-anai: papan-papan kayu yg sana sini sudah lapuk dimakan ~; 2. bp orang yg suka mengaruk saku orang, orang yg suka melakukan rasuah; merayap spt rayap, berkeriapan, ber­ke­ru­mun banyak-banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yap] | رايڤ

Definisi : ; merayap 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; merayapi 1. merayap pd (di): semut ~ gula; matanya ~ seluruh bangunan itu; 2. menge­rumuni, mengelubungi: perlahan-lahan bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; Kuala Lumpur sedang dirayapi malam; merayapkan menjadikan merayap: di­rayap­kan sayapnya melata bumi; terayap-rayap sedang merayap(-rayap): ~ bergerak perlahan-lahan orang menuai di tengah bendang; rayapan pergerakan yg perlahan-lahan: ia mengikuti ~ suluhan lampu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yap] | رايڤ

Definisi : ; merayap 1 berjalan (bkn bina­tang kecil spt semut): Semut dan anai-anai ~ di tanah. 2 melata (bkn tumbuh-tumbuhan menjalar): Pokok keledek itu ~ hingga ke luar pagar. merayapi merayap pd: Pokok kacang panjang itu ~ junjung. terayap-rayap sedang merayap: Hai kura-kura! Hendak ke mana ~ ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayap
Kata Terbitan : merayap,

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Ditangkap oleh anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
batang rayaprunnerBatang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat RajahMenengah Rendah
batang rayaprunnerBatang yang bertunas dan membesar secara mendatar di atas tanah atau air. Contohnya, batang pokok labu dan kiambang. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas