Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)

43

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bahan mengakiscorrosive substanceBahan yang boleh merosakkan benda lain sedikit demi sedikit disebabkan tindak balas kimia. Contohnya, asid.Menengah Rendah
pendopandopingProses menambahkan sedikit atom benda asing tertentu ke dalam semikonduktor tulen untuk menambahkan kekonduksian elektriknya.Menengah Atas
klorinchlorineSejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur.Menengah Rendah
ketakseimbangan hormonhormonal imbalanceKeadaan apabila terdapat terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon tertentu dalam badan seseorang.Menengah Atas
tumbuhan herbaherbaceous plantTumbuhan yang mempunyai kayu yang sangat sedikit atau tiada langsung.Menengah Rendah
spesies terancamendangered speciesSpesies haiwan atau tumbuhan yang bilangannya sangat sedikit sehingga menjejaskan populasi. Contohnya, orang utan dan dugong. Lihat RajahSekolah Rendah
hematithaematiteBijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3.Menengah Atas
minyak mentahcrude oilCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar.Menengah Rendah
organisma planktonplanktonic organismOrganisma yang biasanya sangat kecil atau mikroskopik, mempunyai gerak alih yang sedikit dan hanyut terapung di dalam air.Menengah Atas
manometermanometerAlat yang digunakan untuk menyukat tekanan gas. Alat ini terdiri daripada salur kaca berbentuk U dan berisi sedikit merkuri. Lihat RajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas