Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.sang] | سڤاسڠ

Definisi : 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ginjalkidneySepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing.Menengah Rendah
arteri pulmonaripulmonary arterySepasang salur darah yang membawa darah terdeoksigen dari jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah yang terdeoksigen berbanding arteri-arteri lain yang membawa darah beroksigen dan nutrien ke dalam tisu tubuh. Lihat RajahMenengah Rendah
alelalleleSatu daripada sepasang gen yang menduduki tempat tertentu pada pasangan kromosom. Contohnya, alel untuk warna mata. Lihat RajahMenengah Atas
pepatungdragonflySerangga yang mempunyai sepasang mata bersegi yang besar, dua pasang sayap panjang yang lut sinar dan merupakan pemangsa yang memakan serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Pepatung dikenali juga sebagai odonata. Lihat RajahSekolah Rendah
dikotiledondicotyledonTumbuhan yang mempunyai sepasang kotiledon (daun biji).Menengah Atas
organ perkumuhanexcretory organOrgan yang terdiri daripada sepasang buah pinggang, peparu dan kulit yang berfungsi untuk menyingkirkan bahan perkumuhan seperti air kencing, karbon dioksida dan peluh daripada badan. Lihat RajahSekolah Rendah
organ penglihatansight organOrgan yang terdiri daripada sepasang mata dan sangat sensitif atau peka terhadap rangsangan cahaya. Lihat RajahSekolah Rendah
hukum segregasilaw of segregationHukum yang menyatakan bahawa ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada alel ini akan diwariskan dalam gamet.Menengah Atas

Kembali ke atas