sinaran | radiation | Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-X, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah. | Menengah Atas |
sinaran | radiation | Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya boleh nampak dan sinar inframerah. | Menengah Rendah |
sinar-X | X-ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang pendek, iaitu antara 10-10 hingga 10-7 meter. Sinar ini terhasil apabila sinar katod melanggar atom unsur. Sinar-X banyak digunakan dalam bidang penyelidikan dan perubatan. | Menengah Atas |
sinar ultraungu | ultraviolet ray | Sinaran gelombang elektromagnet yang berjulat antara 10 nm — 400 nm dengan frekuensinya lebih besar, dan jarak gelombangnya lebih kecil daripada cahaya boleh nampak. Dedahan sinar ultraungu yang berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu dikenali juga sebagai sinar ultralembayung. | Menengah Rendah |
sinar cahaya | ray of light | Garis cahaya seperti cahaya matahari. | Sekolah Rendah |
sinar inframerah | infrared ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada cahaya merah, tetapi pendek daripada gelombang mikro. | Menengah Atas |
gambar sinar-X | X-ray photograph | Gambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sinar ultraungu | ultraviolet ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya ungu, tetapi lebih panjang daripada sinar-X. | Menengah Atas |
cermin cekung | concave mirror | Cermin yang mempunyai pemantul yang bentuknya melengkung ke dalam di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar menumpu. Lihat Rajah | Menengah Atas |
cermin cembung | convex mirror | Cermin yang mempunyai permukaan pemantul yang bentuknya melengkung ke luar di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar mencapah. Lihat Rajah | Menengah Atas |