sitoplasma | cytoplasm | Bendalir seperti gel yang jernih dalam sel dan menjadi tempat berlakunya pelbagai tindak balas kimia. | Menengah Rendah |
sitoplasma | cytoplasm | Bahagian sel haiwan atau tumbuhan yang terkandung dalam membran plasma, dan menjadi medium biokimia. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sitokinesis | cytokinesis | Pembahagian sitoplasma di akhir peringkat telofasa. | Menengah Atas |
akson | axon | Unjuran sitoplasma yang panjang pada neuron yang memindahkan impuls dari badan sel ke neuron yang lain. Lihat Rajah | Menengah Atas |
mitokondria | mitochondria | Organel berbentuk batang atau sfera yang terdapat dalam sitoplasma semua sel aktif, kecuali sel bakteria dan alga biru-hijau. Mitokondria mempunyai dua lapisan membran, iaitu membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat yang disebut krista. | Menengah Atas |
krenasi | crenation | Proses pengecutan sel haiwan yang disebabkan oleh kehilangan air daripada sitoplasma sel ke persekitaran yang hipertonik. | Menengah Atas |
sel haiwan | animal cell | Unit asas pada haiwan yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma yang dikelilingi oleh membran sel. | Menengah Rendah |
protoplasma | protoplasm | Bahan seperti gel atau cecair yang terkandung di dalam sel hidup seperti sitoplasma dan nukleoplasma. | Menengah Rendah |
vesikel | vesicle | Rongga kecil atau kantung yang mengandungi hasil metabolisme, dikelilingi membran, dan mungkin terdapat di dalam sitoplasma sel atau organel. | Menengah Atas |
bendalir interstis | interstitial fluid | Bendalir yang memenuhi ruang antara sel, membasahi sel dan mempunyai tekanan osmosis yang sama dengan sitoplasma sel. | Menengah Atas |