Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg merupakan batas, yg terakhir, hujung; 2. stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (meĀ­mulakan perjalanan); 3. pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan (dan kadangkala diproses): ~ minyak Iran di Pulau Rharg; 4. alat atau pesawat komputer yg mempunyai hubungan atau talian menerima dan mengeluarkan data dgn pesawat induk komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 stesen tempat bermulanya atau tempat berakhirnya sesuatu perkhidmatan bas, kapal terbang dll di sesebuah bandar. 2 tempat arus elektrik keluar atau masuk pd sesuatu alat, spt bateri atau litar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terminal (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan hujung: terakhir, batas,

2. Bersinonim dengan stesen: pangkalan, perhentian,

3. Dalam konteks tempat pemunggahan
bersinonim dengan depo.



Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pincang songsangreverse biasProses yang berlaku apabila terminal positif diod disambungkan ke terminal negatif sel yang menyebabkan rintangan diod menjadi tinggi dan arus tidak dapat mengalir.Menengah Atas
voltan primerprimary voltageVoltan yang digunakan pada terminal gegelung primer transformer.Menengah Atas
katodcathode1. Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal positif sel kimia.Menengah Atas
anodanode1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia.Menengah Atas
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas

Kembali ke atas