sistem suria | solar system | Satu sistem yang terdiri daripada matahari sebagai pusat sistem dan unsur-unsur lain seperti planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteor. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
gangsa | bronze | Aloi kuprum yang mengandungi 1 - 10% timah. Gangsa yang khusus mengandungi unsur lain seperti aluminium, zink, silikon dan fosforus. | Menengah Rendah |
logam | metal | Unsur kimia seperti besi, emas, perak, dan tembaga yang dapat mengalirkan haba dengan baik. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
elektrolisis | electrolysis | Proses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
atom | atom | Zarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
jirim | matter | Unsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
atom | atom | Zarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
spektrometer jisim | mass spectrometer | Alat untuk menentukan jisim atom relatif sesuatu atom unsur. Dalam spektrometer jisim, suatu campuran ion positif bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet, yang akan memesongkan ion positif tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |