urea | urea | Sebatian organik yang berbentuk pepejal berhablur, berwarna putih, dan terdapat semula jadi di dalam air kencing. Urea digunakan sebagai baja. | Menengah Atas |
urea | urea | Sebatian organik bernitrogen yang mempunyai takat lebur 135°C, pepejal berhablur, berwarna putih, larut air dan terdapat secara semula jadi dalam air kencing. Urea biasanya digunakan sebagai bahan baja. | Menengah Rendah |
urea | urea | Sebatian berhablur yang larut dalam air, yang terbentuk daripada ammonia dan karbon dioksida dan biasanya terdapat dalam air kencing. | Sekolah Rendah |
pendeaminan | deamination | Proses penyingkiran kumpulan amino daripada asid amino untuk menghasilkan ammonia, dan kemudiannya bertukar menjadi urea dan asid urik. | Menengah Atas |
rawatan kumbahan | waste treatment | Rawatan terhadap bahan sampingan yang terhasil daripada proses metabolisme organisma. Contohnya, bahan buangan urea, karbon dioksida dan air. | Menengah Atas |
bahan buangan | waste product | Bahan yang terhasil daripada proses kimia yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh. Contohnya, urea dan karbon dioksida. | Menengah Rendah |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea. | Menengah Rendah |