Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengendalikan siaran di tele­visyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengendalikan siaran di televisyen atau radio: Penyiar radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 24 jam tanpa henti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bersiaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul?

1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 

2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio.

3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan.

Tatabahasa16.11.2008
Aznil Haji Nawawi sering menggunakan perkataan “bersiaran”. Selain itu telah saya temukan perkataan “beriklan” (yang maksudnya “menyiarkan iklan", bukan ada iklan) dan “berinovatif”. Apakah pendirian DBP terhadap kewujudan perkataan seperti ini?Awalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Awalan beR- boleh bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja (siar) dan kata adjektif (inovatif). Oleh itu, beriklan hanya membawa makna mempunyai iklan dan tidak membawa makna menyiarkan iklan.Tatabahasa31.05.2007

Kembali ke atas