Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ musang kantung tempat jebat (kes­turi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata ganti diri kedua (tidak membeza­kan taraf, tingkat dan umur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata ganti nama diri kedua; engkau; kamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk paparan di kaunter pertanyaan yang mana sesuai" boleh kami membantu anda?" "anda perlukan bantuan?" atau ayat lain yang bersesuaian.Ayat yang sesuai ialah "Bolehkah kami membantu anda?" dan "Anda perlukan bantuan?"Tatabahasa29.01.2009
Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah membuat satu kesalahan dalam laman sosial Facebook anda. Anda mengatakan bahawa bentuk "diubahsuai" adalah betul dan bentuk "diubah suai" salah. Sepatutnya bentuk yang dieja terpisah, iaitu "diubah suai" betul kerana kata majmuk yang menerima imbuhan yang terdiri daripada awalan sahaja masih dieja terpisah. Dalam perihal ini, kata majmuk "ubah suai" menerima awalan pasif di-, jadi sepatutnya dieja terpisah, iaitu "diubah suai". Tolong betulkan kesalahan ini. Terima kasih DBP!Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan, hal ini akan dipanjangkan kepada pentadbir Facebook berkenaan.Lain-lain18.08.2014
Tuan / Puan Saya ingin bertanya kepada pihak tuan, apakah penting untuk kita mengekalkan imbuhan awalan dalam teks formal, contohnya seperti " Anda himpunkan pasukan anda atau anda menghimpunkan pasukan anda" Terima kasihAyat yang gramatis ialah "anda menghimpunkan pasukan anda".Tatabahasa03.08.2015
peringkat-peringkat perancangan bahasa

Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh merujuk buku-buku seperti dibawah :

1. Warna dan suasana : perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2006

2. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia | Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1989

3. Pembinaan Bahasa Melayu - Perancangan Bahasa di Malaysia | Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1992

Lain-lain06.04.2008
Selamat pagi, Tuan/Puan. Saya berharap Tuan/Puan dapat memberitahu saya ayat yang mana betul. Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga segala urusan anda dipermudahkan sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga dipermudah segala urusan anda sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah "Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudah urusan kami".
Tatabahasa19.09.2022
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMATSoalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain07.10.2016
Apakah jawatan yang telah diberi oleh O.T DUSSEK kepada Pendeta Za'bs di SITC?

Terima kasih atas soalan anda, anda boleh membuat rujukan  seperti di bawah :

1.www.bahau.com.my/english/eteratak.htm

2. Pendeta Tan Sri Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 16 September 1895-23 Oktober 1973 | Norhalim Haji Ibrahim | Lembaga Muzium Negeri Sembilan | 2006

3. Za'ba dan Melayu | Adnan Hj. Nawang | Berita Publishing | 1998 |

Lain-lain15.07.2008
Saudara yang dihormati, Dalam ayat yang berikut: "Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini", adakah penggunaan "ingin anda" betul atau "anda ingin" sepatutnya digunakan. Apakah rasional untuk penggunaan kata-kata di atas? Jika penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin" di atas ada bezanya, bolehkah saudara berikan contoh-contoh penggunaannya dalam situasi yang berlainan? Terima kasih kerana menjelaskan masalah di atas. Yang benar, ChetAyat yang betul ialah : Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini. Mengikut hukum Aneksi Persona bagi kata ganti kedua dalam tatabahasa bahasa Melayu frasa yang betul ialah ingin anda.Tatabahasa01.04.2009
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan beri penjelasan lanjut tentang penggunaan "...yang boleh anda ..." dan "...yang anda boleh ...". Contohnya "Telefon ialah alat yang anda boleh gunakan untuk memanggil seseorang" dan "Telefon ialah alat yang boleh anda gunakan untuk memanggil seseorang". Apakah perbezaan maksud kedua-dua ayat tersebut? Bilakah masanya untuk menggunakan "...yang boleh anda..." dan "...yang anda boleh...". Harap tuan dapat beri penjelasan. Terima kasih atas bantuan tuan.Kedua-dua frasa tersebut betul bergantung pada perkataan mana yang tuan hendak dahulukan sama ada "yang boleh anda" atau "yang anda boleh". Tidak ada perbezaan dari aspek makna cuma penekanan kepada perkataan boleh atau anda.Tatabahasa23.09.2012
Ayat manakah yang betul di antara yang berikut: 1) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau apabila anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka. 2) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka.Ayat contoh yang diberikan tidak jelas dan kurang difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang betul.Tatabahasa07.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas