Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ musang kantung tempat jebat (kes­turi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata ganti diri kedua (tidak membeza­kan taraf, tingkat dan umur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata ganti nama diri kedua; engkau; kamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anda


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
TABIAT

Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh

seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir

bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan

yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali

kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap

tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut.

Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah

laku yang semula jadi, bukannya perkara yang

dipelajari (lihat Naluri ).

UMUM 
PERATUSAN

Peratusan merujuk kepada pengiraan yang

melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat

nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol %

tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin

terbaca “2 peratus”, “30 peratus”, “75 peratus”, dan

sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2%

bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per

seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus

sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30%

ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah

pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan

0.30, dan 75% bersamaan 0.75.

UMUM 
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM 
SYARIKAT PENERBANGAN

Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi

yang mengendalikan pesawat udara yang membawa

penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket

penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau

kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik

syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia.

UMUM 
TEORI SET

Teori set ialah satu cara untuk menyelesaikan

masalah matematik dan penaakulan. Dengan

mengkaji teori set, anda boleh memahami

aritmetik dan matematik secara keseluruhannya

dengan lebih baik.

UMUM 
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
SIRI

Siri dalam matematik, ialah jumlah urutan sesuatu

bilangan. Contohnya, set nombor 2, 4, 6, 8, 10

membentuk satu urutan. Jika anda menambah

nombor ini, ia membentuk siri 2 + 4 + 6 + 8 + 10.

Satu urutan boleh merupakan mana-mana set

sebutan (ungkapan nombor atau algebra) yang

disusun dalam tertib tertentu. Satu contoh urutan

yang mempunyai sebutan algebra ialah a, ar, ar²,

ar³, ar4. Siri berkaitan ialah a + ar + ar² + ar³ + ar 4.

Satu siri seperti ½ - . mengandungi

sebutan positif dan negatif.

UMUM 
NOVEMBER

November ialah bulan ke-11 dalam satu tahun

mengikut kalendar Gregory, yang digunakan

hampir seluruh dunia hari ini. Ia mendapat

namanya daripada novem, perkataan Latin bagi

sembilan . Dalam kalendar awal orang Rom,

November ialah bulan kesembilan. Oleh sebab

Julai dinamakan sempena Julius Caesar dan Ogos

bagi Augustus Caesar, Senat Rom menawarkan

bulan ke-11 sempena Tiberius Caesar. Dia dengan

hormat menolaknya, dengan berkata, “Apakah

yang anda akan lakukan jika anda mempunyai 13

orang maharaja?” Pada asalnya bulan November

mempunyai 30 hari, kemudian 29, dan 31. Sejak

zaman Augustus, ia telah mempunyai 30 hari.

UMUM 
TELEFON

Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar

dan menerima mesej suara, biasanya dengan

menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu

kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam

beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon

seseorang yang berada di seberang jalan, di

bahagian lain dalam negara, ataupun dengan

seseorang di benua lain. Perkataaan telephone

( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) .

UMUM 
12

Kembali ke atas