Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai sese­orang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka sangat ~; mengazab menghukum (dgn seksaan), me­nyeksa: orang yg durjana akan diazab di neraka;mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yg amat sangat), menyengsara­kan; keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yg amat sangat: ~ yg dideritai oleh orang awam dlm masa peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azab


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
euthanasiaeutanasiaPerubatanTiada1. Perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi, iaitu penyakit terminal. Perbuatan ini dilakukan atas belas kasihan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab tersebut. 2. Kematian yang senang dan tanpa kesakitan.
torturesiksa; azabUndang-undangTiadaTiada
euthanasiaeutanasiaPerubatanTiada1. Perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi.,2. Kematian yang senang dan tanpa kesakitan.
euthanasiaeutanasiaGerontologiTiadaPerbuatan menamatkan hayat seseorang yang menanggung kesengsaraan akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Tindakan ini dilakukan atas rasa belas kasihan supaya pesakit tidak mengalami azab tersebut berpanjangan.

Kembali ke atas