PERANG BANI AL-MUSTALIQ | Perang Bani al-Mustaliq berlaku pada awal bulan Syaaban tahun 6 H./628 M. antara orang Islam di Madinah dengan golongan Bani al- Mustaliq yang menyembah berhala. | UMUM | |
BANI ABBASIYAH | Bani Abbasiyah, keluarga yang memerintah dunia Islam berasaskan sistem khalifah bermula dari tahun 132 hingga 656 H. Bani Abbas atau disebut juga al-‘Abbasiyyun adalah salah satu keturunan yang mewakili kabilah Quraisy. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANI UMAYYAH | Bani Umayyah adalah keluarga pemerintah sistem khalifah Islam dari tahun 41-132H (661-750 M). | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANI ISRAIL | Bani Israil, keturunan atau kelompok bangsa yang dihubungkan dengan Nabi Yaakub bin Ishak a.s. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANI UTHMANIYAH | Bani Uthmaniyah, nama satu keluarga atau keturunan yang memerintah Turki sejak pemerintahan Kesultanan Turki diasaskan sekitar tahun 1300 M hingga terbentuknya Republik Turki pada tahun 1341 H/1923 M. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANI HASHIM | Bani Hashim, keturunan yang dihubungkan dari segi salasilahnya dengan Hasyim bin Abd al-Manaf (500-524 M), salah seorang pembesar bangsa Quraisy yang paling mulia dan dihormati pada Zaman Jahiliah. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANI NADIR | Bani Nadir, sekumpulan puak Yahudi di Yathrib yang datang dari Palestin kerana lari daripada tekanan kerajaan Rom yang memerintah ketika itu. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
MU‘AWIYAH IBN YAZID | Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684 M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan agar mereka melantik penggantinya yang tersebut dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia telah mengasingkan diri di rumahnya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak sempat meninggalkan zuriat | UMUM | |
BUWAYHIYYAH, KERAJAAN | Buwayhiyyah, Kerajaan (320–447 H./932–1055 M.) didirikan di bahagian barat Iran dan meliputi Iraq dan diasaskan oleh keluarga Bani Buwayh. Pemerintah dalam kalangan keluarga Bani Buwayh yang terkenal ialah ‘Ali, al-Hassan dan Ahmad, yang merupakan anak-anak Buwayh. | UMUM | |
PERANG GRANADA | Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./ 1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus. Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan- kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil “zaman al- Tawa’if ”, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun 630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar. Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk orang Islam Andalus. | UMUM | |