Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (berada dlm keadaan) tidak berupaya hendak menyelesaikan hutang, muflis: syarikat itu ~ akibat kerugian besar yg dialaminya;membankrapkan menyebabkan (menjadikan) bankrap, menyebabkan menjadi bankrap (atau muflis);kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan: kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dpt diteruskan. 2 jatuh miskin dan habis harta bendanya. kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap; kemuflisan: Kemerosotan ekonomi menyumbang kpd berlakunya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bankrap


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bankrapbankruptKeadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis.Sekolah Rendah

Kembali ke atas