Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga akan

Peribahasa

Orang yang menunggu perigi itu,
     bilakah ia mati dahaga?

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drive theoryteori doronganPsikologiPsikologi UmumTeori yang menyatakan bahawa sebarang kekurangan akan mendorong haiwan atau individu untuk bertindak. Dorongan akan mengaktifkan gerak balas sama ada satu atau lebih tindakan yang direka untuk mencapai satu-satu matlamat (sasaran daripada tingkah laku bermotivasi). Menurut Hull, kekurangan biologi seperti kekurangan makanan akan menghasilkan dorongan untuk mencari makanan. Setiap dorongan ini pula dikaitkan dengan rangsangan tertentu. Contohnya, pedih perut biasanya akan diikuti dengan rasa lapar, atau kekeringan pada mulut, bibir dan kerongkong akan diikuti dengan rasa dahaga.
motivationmotivasiPsikologiPsikologi UmumProses dinamik dalaman yang memulakan, mengekalkan dan mengarahkan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bermotivasi biasanya bermula dengan keperluan atau kekurangan dalaman. Keadaan ini akan menimbulkan dorongan yang menggerakkan sesuatu langkah atau siri tindakan untuk mencapai matlamat. Individu akan merasa puas apabila sesuatu matlamat telah tercapai. Terdapat tiga jenis motivasi, iaitu motivasi primer, motivasi stimulus dan motivasi sekunder. Motivasi primer adalah berdasarkan kepada keperluan biologi yang perlu dipenuhi untuk kemandirian. Contohnya, seorang yang lapar atau dahaga didorong oleh motivasi primer. Demikian juga keperluan kepada udara, tidur, perkumuhan, pembuangan najis, pengaturan suhu badan dan mengelakkan rangsangan aversif yang didorong oleh motivasi ini. Motivasi stimulus bergantung pada keperluan untuk mendapatkan rangsangan dan maklumat seperti ingin tahu, penjelajahan, manipulasi dan sentuhan fizikal. Motivasi sekunder pula merupakan keperluan yang dipelajari seperti keperluan untuk membina laman web, mencipta muzik atau bermain golf. Kebanyakan motivasi ini dikaitkan dengan keperluan kepada pengiktirafan, kuasa, jaminan keselamatan dan pencapaian.
homeostasishomeostasisPsikologiPsikologi UmumMekanisme yang boleh mengesan ketidakseimbangan dalam badan. Apabila berlaku ketidakseimbangan seperti kekurangan gula dalam darah, sistem fisiologi akan berubah yang merangsang tindakan untuk mengembalikan status gula dalam darah. Respons fisiologi badan terhadap ketidakseimbangan yang terjadi boleh melibatkan kedua-dua respons dalaman dan luaran dalam bentuk tingkah laku. Dalam kes dahaga akibat kekurangan air dalam badan, tindakan dalaman akan melibatkan perembesan hormon antidiuretik yang menyerap kembali air daripada organ seperti usus besar atau kelenjar ginjal untuk dikembalikan kepada badan. Sementara tingkah laku yang terlibat ialah tindakan mencari sumber air untuk diminum.

Kembali ke atas