Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg ~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan sese­orang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang politik; mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal; kedangkalan perihal dangkal: memang ter­nyata ~ pemikiran itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk 1. keras mengkal (dan busuk di dlm, bkn buah-buahan); 2. tidak subur (bkn tanah), kering (tidak berair), usang; 3. ki keras hati, kurang sopan; 4. ki alang kepalang, terbengkalai (bkn pekerjaan dll); dangkalan; sial ~ sial sekali, sangat sial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak dalam; cetek; tohor: Perigi itu ~ saja. 2 belum mendalam benar (bkn pengetahuan dll): Pengetahuannya ttg ilmu kemasyarakatan amat ~. mendangkalkan membuat (menjadikan) dangkal; mencetekkan. kedangkalan keadaan dangkal; kecetekan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dangkal

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frivolousdangkalUndang-undangTiadaTiada
shallow ecologyekologi dangkal-TiadaTiada
flat lowtekanan rendah dangkalGeologiTiadaTiada
shallow marine watersperairan laut dangkalUndang-undangTiadaTiada
shallow water areaskawasan air dangkalUndang-undangTiadaTiada
equatorial troughpalung khatulistiwaSainsHidrometeorologiPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
equatorial troughpalung khatulistiwaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
shallow gasgas cetekKejuruteraanTiadaGas asli yang terhimpun pada kedalaman yang dangkal.
reefterumbuSains MarinTiadaGarisan batuan atau hamparan batu, pasir dan karang yang terletak di zon pasang surut air laut. Semasa air pasang, terumbu ditenggelami air dan terdedah semasa air surut. Kebanyakan terumbu dihasilkan daripada proses abiotik, iaitu pemendapan pasir, hakisan ombak dan proses semula jadi yang lain. Terumbu dapat ditemukan di laut dengan kedalaman rendah atau dangkal. Terumbu terdiri daripada endapan yang berupa batu kapur. Kandungan terumbu yang utama ialah kalsium karbonat (CaCO3). Terumbu yang paling terkenal ialah terumbu karang perairan tropika yang dihasilkan melalui proses biotik. Lihat juga terumbu karang.

Kembali ke atas