Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Haiwan-haiwan pembersih alamHamsatulazura HamzahDewan Siswa1 July 1988
Selamatkan haiwan-haiwan!Teong Hooi ChiehDewan Siswa1 August 1989
Haiwan yang memburu, haiwan yang diburuTiadaDewan Pelajar1 December 1982
Haiwan pemakan dagingTiadaDewan Pelajar1 November 1982
Haiwan Makan DagingTiadaDewan Pelajar1 March 1982
Haiwan Di Tempat LainKen RubeliDewan Pelajar1 July 1981
Haiwan di padang pasirZaiton Abu SamahDewan Siswa1 November 1997
Haiwan yang pertamaTiadaDewan Siswa1 January 1991
Haiwan bunga?Rubaidin SiwarDewan Siswa1 April 1983
Haiwan moluskaRubaidin SiwarDewan Siswa1 June 1983
12345

Kembali ke atas