Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
wing[wiN]kata namaalat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia.La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu.[lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu]Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu.
ketibat[k«.ti.bAt]kata namasejenis serangga (seperti tuma, tungau) yang menggigit pada kulit manusia atau haiwan. Biasanya terdapat di pokok.   
cat[tSAt]kata namapasung tempat memerah susu dan juga menjadi tempat untuk memeriksa atau mengubati binatang (kerbau, lembu dan lain-lain)Bawak lembu tu masok cat, satni dokto hewan nak mai pereksa.[bA.wA/ l«m.bu tu mA.so/ tSAt sAt.ni do/.to hE.wAn nA/ mAj p«.ÒE/.sA]Bawalah lembu masuk ke pasung, doktor haiwan akan datang memeriksanya sebentar lagi.

Kembali ke atas