Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta penjelasan bagi bentuk jamak perkataan haiwan. Bolehkah haiwan-haiwan digunakan untuk merujuk kepada sejenis haiwan yang banyak jumlahnya atau haiwan-haiwan bermaksud berjenis-jenis haiwan?

Perkataan “haiwan-haiwan” boleh digunakan untuk merujuk sejenis haiwan yang banyak jumlahnya dan  juga haiwan yang berjenis-jenis.

Makna01.06.2022
Nocturnal Animals dalam bahasa Inggeris bermaksud 'haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam'. 1. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan 'nocturnal animals'? Adakah wujud istilah ini dimelayukan; 'nocturnal' menjadi 'nokturnal'? (haiwan nokturnal) atau (haiwan-haiwan nokturnal) 2. Atau hanya diterjemahkan kepada 'HAIWAN MALAM' sahaja?? Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah haiwan nokturnal.Istilah22.01.2008
Bagaimanakah penggunaan tanda sempang (-) di dalam perkataan berganda apabila menulis? Adakah perlu dijarakkan antara perkataan dan tanda sempang. Contoh : haiwan - haiwan atau haiwan-haiwan terima kasih.Tanda sempang (-) yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Tatabahasa19.07.2012
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
1) Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah?Mohon pihak tuan jelaskan dengan lebih lanjut kesalahan(jika ada) dalam ayat di bawah. - Sampah-sarap berserakan di tepi bangunan itu. - Kebanyakan haiwan-haiwan di zoo itu jinak-jinak.Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Ayat yang gramatis ialah "kebanyakan haiwan di zoo itu jinak-jinak".Tatabahasa30.07.2013
'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat ,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih,Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. Istilah06.10.2016
Saya ingin membuka kedai dengan nama Kedai Haiwan Kesayangan. Adakah perkataan Kedai Haiwan Kesayangan ini diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sekian Terima KasihAssalamualaikum...
Penggunaan nama kedai yang sesuai bagi Kedai Haiwan Kesayangan ialah Kedai Haiwan Peliharaan.
Lain-lain06.12.2017
Salam...terdapat sesetengah peniaga ingin membuka kedai haiwan kesayangan. Tetapi inginkan papan iklan dengan nama "KEDAI MAKANAN HAIWAN KESAYANGAN". Mohon pandangan tuan adakah ayat ini sesuai digunakan.

Keterangan aktiviti yang sesuai ialah "Kedai Haiwan Peliharaan/Kesayangan", manakala "Kedai Makanan Haiwan Kesayangan" juga betul bagi menerangkan aktiviti kedai yang menjual makanan haiwan tersebut.

Tatabahasa17.10.2011
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwanMakna04.10.2021
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Rujuk lampiran untuk haiwan yang dimaksudkan. Terima kasih.Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas