Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Haiwan MalaysiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002 
Haiwan (Siri Kenali Dunia Saya)Dewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-62-9055-7
Haiwan di Zoo NegaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2012 
Haiwan di dalam hutan hujan Tiada2009978-983-2144-05-2
Haiwan protozoa dan helmintUniversiti Sains MalaysiaTiada1983 
Haiwan invertebrata di pesisir laut Tiada2012978-967-356-129-2
Haiwan dan persekitaran Tiada2012978-967-0366-00-5
Haiwan di sekeliling rumahDewan Bahasa dan PustakaTiada1981 
Haiwan di zooDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1981 
Haiwan kesayanganDewan Bahasa dan PustakaTiada20109789834602055
12345678910...

Kembali ke atas