Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. mengusik haiwan.Jangan dok acan-acan maen lembu tu, sat ni dia tandok.[dZA.NAn do/ A.tSAn.A.tSAn mAen l«m.bu tu, sAt ni di.jA tAn.do/]Jangan menggusik lembu itu, nanti lembu itu tanduk.
   3. berkenaan dengan haiwan yang mempunyai bulu yang sangat sedikitAyam dogeang selalu kena patok dengan ayam laen.[A.jAm d.gE.jAN s«.lA.lu k«.nA pA.to d«.NAn A.jAm lAen]Ayam dogeang selalu dipatuk oleh ayam lain.
   3. berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang berlari dengan pantas disebabkan oleh sesuatu (seperti terkejut, dikejar dan lain-lain lagi).Dia lari bejabu bila kena ligan dengan anjin.[di.jA lA.ÒI b«.dZA.bu bi.lA k«.nA li.gAn d«.NAn An.dZin]Dia berlari pantas apabila dikejar anjing.
rap[ÒAp]kata adjektifberkenaan dengan seseorang atau haiwan yang rapat atau manja dengan seseorangDalam banyak-banyak anak yang sorang ni rap dengan tukang masak.[dA.lAm bA.øA/.bA.øA/ A.nA/ jAN s.ÒAN ni ÒAp d«.NAn tu.kAN mA.sA/]Ramai-ramai anak yang seorang ini rapat dengan pembantu rumah.
kucai[ku.tSAj]kata kerja1. mengganggu seseorang atau haiwan.Tok sah dok kucai dia, sat gi dia marah.[to/ sAh do/ ku.tSAj di.jA sAt gi di.jA mA.ÒAh]Jangan ganggu dia nanti dia marah.
acan[A.tSAn]kata kerja1. mengusik seseorang atau haiwan.Jangan dok acan anjin tu, sat ni dia tokak.[dZA.NAn do/ A.tSAn An.dZin tu sAt ni di.jA to.kA/]Jangan mengusik anjing itu, nanti anjing gigit.
yong[joN]kata kerjamembawa dan mengawal sekumpulan manusia atau haiwan (contohnya itik)Pagi-pagi dia yong itik pi bendang.[pA.gi.pA.gi di.jA joN i.tE/ pi b«n.dAN]Pagi-pagi dia membawa itik ke sawah.
tahana[tA.hA.nA]kata kerja1. menganiaya seseorang atau haiwanJangan tahana kat kucin, berdosa besak[dZA.øAn tA.hA.nA kAt ku.tSin b«.do.sA b«.sA)Ö]Jangan menganiaya kucing, berdosa besar.
boroi[bo.Òoj]kata adjektifbuncit berkenaan perut manusia atau haiwanPerot budak tu boroi pasai cacin.[p«.Òot bu.dA tu bo.Òoj pA.sAj tSA.tSin]Perut budak tu buncit sebab cacing.
andoh[An.doh]kata kerjamenolak kepala secara berulang-ulang (anak haiwan seperti kambing, lembu atau kerbau ke bahagian susu ibunya).Ibu kambin lari merata pasai anak dia dok andoh.[i.bu kAm.bin lA.Òi m«.ÒA.tA pA.sAj A.nA di.jA do An.doh]Ibu kambing lari merata sebab anaknya menolak kepala secara berulang-ulang ke bahagian susunya.
12

Kembali ke atas