Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan seseorang atau haiwan yang kelihatan gembira atau suka kerana sesuatu sebabAyam ngang kalo telepah reban.[A.jAm NAN kA.l t«.le.pAh Ä«.bAn]Ayam suka kalau terlepas dari reban.
   3. berkenaan seseorang atau haiwan yang separuh sedar kerana sesuatu sebab seperti mabuk, hampir matiAyam tu nampak kanyo, sikit lagi koeh.[A.jAm tu nAm.pA/ kA.N si.kit lA.gi koC]Ayam itu nampak kanyo, sekejap lagi mati.
   2. berkenaan manusia, kenderaan, haiwan dan lain-lain yang tersangat kotor seperti bergelumang dengan lumpur.Kaki awok beseledot, jangan naek rumoh.[kA.ki A.w/ b«.s«.lE.d.et dZA.NAn nA.e/ Äu.mh]Kaki awak tersangat kotor, jangan naik ke atas rumah.
mepeh[mE.pEh]kata adjektifberkenaan seseorang atau haiwan yang kelihatan lemah kerana kalah atau tewas dalam sesuatu perlawanan.Ayam jantan doh mepeh lepaih belage.[A.jAm dZAn.tAn dh mE.pEh l«.pAih b«.lA.g«]ayam jantan itu sudah sudah kelihatan lemah selepas berlaga.
jarah[dZA.ÄAh]kata adjektifberkenaan manusia atau haiwan pada peringkat pertengahan umur.Ayoh taroh kebo jarah buat korban.[A.joh tA.Äoh k«.b dZA.ÄAh bu.wAt koÄ.bAn]Ayah menyimpan kerbau jarah untuk dibuat korban.
aru[A.Äu]kata kerjamenghalau seseorang atau haiwan oleh sekumpulan orang.Kambeng yang masok dalam pago sekolah kena aru dek budok-budok.[kAm.beN jAN mA.so/ dA.lAm pA.g s«.k.lAh k«.nA A.Äu de/ bu.d/.bu.d/Kambing yang masuk dalam pagar sekolah kena halau oleh budak-budak.
regeh II[Ä«.geh]kata adjektifberkenaan orang dan haiwan yang kurus kering.Budak tu jok menagih badan doh regeh.[bu.dA/ tu dZ/ m«.nA.gih bA.dAn dh Ä«.geh]Budak itu sejak menagih badan sudah kurus kering.
tebante[t«.bAn.te]kata adjektifberkenaan keadaan orang atau haiwan yang terbaring kerana kekenyangan.Ulo sawe tebante lepaeh makan ayam[u.l sA.w« t«.bAn.te l«.pA.eh mA.kAn A.jAm]Ular sawa terbaring kekenyangan selepas makan ayam.
tejeregut[t«.dZ«.Ä«.gut]kata adjektif1. berkenaan seseorang atau haiwan yang muncul dengan tiba-tiba.Tejeregut rimo depan mate.[t«.dZ«.Ä«.gut Äi.mo d«.pAn mA.t«]Muncul dengan tiba-tiba harimau di hadapan mata.
ngondeng[Nn.deN]kata kerjamengekori sesuatu (berkenaan orang dan haiwan).Amboi, kuceng tu ngondeng tuannye.[Am.boj ku.dZeN tu Nn.deN tu.wAn.ø«]Amboi, kucing itu mengekori tuannya!
12

Kembali ke atas