Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUR

Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur

ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain.

Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak

kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan

akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan

mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya

daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya

sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar .

Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak);

Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon.

Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur.

Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung,

meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama

telur untuk mengeluarkan anak.

UMUM 
DISTEMPER

Distemper ialah penyakit berjangkit pada anjing

dan haiwan-haiwan lain.

UMUM 
KEDOMINANAN

Kedominanan ialah satu bentuk perilaku dalam

kalangan haiwan individu yang menunjukkan

keupayaannya untuk memenangi pertarungan

dengan haiwan-haiwan lain.

UMUM 
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
SUHU BADAN

Suhu badan ialah ukuran haba dalam badan

haiwan. Badan haiwan mengeluarkan haba melalui

pembakaran makanan.Tetapi haiwan juga

kehilangan haba ke persekitarannya atau mendapat

haba dari persekitarannya.

UMUM 
HAIWAN PUPUS

Haiwan pupus . Sesuatu spesies haiwan menjadi

pupus apabila setiap jenisnya telah mati. Pemupusan

ialah proses yang berlaku sejak hidupan muncul di

muka bumi.

UMUMUmum
PERUBATAN VETERINAR

Perubatan veterinar ialah cabang perubatan

yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan

dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka

terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan

boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian

dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies ,

bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri)

dan tularemia (demam arnab).

UMUM 
KEHAPUSAN HAIWAN

Kehapusan haiwan lihat Haiwan pupus.

UMUM 
KELENJAR MAMARI

Kelenjar mamari ialah kelenjar khas yang

terdapat pada semua mamalia. Pada mamalia

betina, kelenjar mamari mengeluarkan susu. Ia

adalah satu daripada ciri-ciri penting yang

membezakan mamalia daripada haiwan-haiwan

lain. (Lihat Mamalia).

UMUM 
ESTROGEN

Estrogen ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan hormon yang sama dari segi

kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan

perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada

manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan

lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran

pembiakan wanita.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas