Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
vertebrat(vertébrat) (Bio) = haiwan ~ haiwan yg bertulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia).Kamus Dewan Edisi Keempat
zooplankton/zuplankton/ ist plankton yg terdiri drpd haiwan-haiwan seni yg merupakan sumber makanan ikan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
magingbersifat memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama: haiwan ~ haiwan yg memakan daging (spt harimau).Kamus Pelajar Edisi Kedua
omnivor, = haiwan ~ ist haiwan yg me­makan daging dan tumbuh-tum­buhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
karnivor, = haiwan ~ ist haiwan yg memakan daging (daging merupakan makanan utamanya); maging.Kamus Pelajar Edisi Kedua
herbivor= haiwan ~ ist haiwan yg memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utamanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
vertebrat/vertébrat/ = haiwan ~ ist haiwan yg mempunyai tulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia).Kamus Pelajar Edisi Kedua
invertebrat/invertébrat/ = haiwan ~ ist haiwan yg tidak mempunyai tulang belakang (spt cacing).Kamus Pelajar Edisi Kedua
fetus(fétus) (Bio) anak haiwan viviparus (haiwan yg melahirkan anak) yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga saat kelahiran).Kamus Dewan Edisi Keempat
haiwan maginghaiwan yg memakan daging (spt harimau).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas