Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coprophagykoprofagiVeterinarTiadaSatu tabiat semula jadi arnab dan sesetengah haiwan yang memakan semula najis lembut yang dikeluarkan. Haiwan-haiwan ini berupaya mengeluarkan dua jenis najis, iaitu najis keras atau kering (najis biasa) dan najis lembut, iaitu daripada sekum. Najis lembut ini dikeluarkan sekali sahaja pada setiap pagi sebelum najis keras dikeluarkan. Haiwan tersebut akan menjilat semula najis ini untuk mendapatkan nutrien seperti elektrolit, protein dan asid amino serta vitamin yang dihasilkan dalam sekum oleh bakteria tertentu. Sebahagian besar nitrogen (60-80%) dalam najis lembut terdiri daripada sel-sel bakteria. Najis lembut ini mengandungi nilai serabut yang rendah di samping kandungan asid organik yang tinggi.
disinfestationdisinfestasiPerubatanTiadaProses menjadikan seseorang atau sesuatu tempat bebas daripada infestasi parasit, atau haiwan-haiwan perosak.
pregnancykebuntinganVeterinarTiadaKeadaan ibu haiwan yang membawa janin di dalam kandungannya. Dalam keadaan ini, haiwan perlulah diberi makanan yang berkualiti tinggi. Jangka masa kebuntingan biasanya berbeza mengikut baka dan jenis haiwan. Haiwan yang sedang bunting biasanya diberi makanan berserabut tinggi bagi mengelakkan daripada menjadi terlalu gemuk kerana boleh merumitkan proses beranak. Tempoh purata kebuntingan bagi lembu ialah 283 hari, kambing dan biri-biri 150 hari, babi 114 hari, arnab 32 hari dan kuda 340 hari.
pedigreepedigriVeterinarTiadaSenarai keturunan atau salasilah haiwan yang disimpan dalam rekod yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Senarai ini menunjukkan asal usul sesuatu haiwan. Haiwan sebegini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai sifat-sifat tertentu yang diingini seperti dalam baka asal.
parchmentkulit haiwan; pacmenKesenianTiada1. Kulit haiwan: Kulit haiwan yang telah diproses untuk membuat skrol, manuskrip kilau dan lukisan.,2. Pacmen: Kertas yang menyerupai kulit haiwan.
animal glueglu haiwan/perekat haiwanKesenianTiadaGam yang diperoleh hasil daripada hidrolisis kulit, tulang, atau tisu haiwan.
ciri pseudaposematikpseudaposematic characterBiologiEkologiBentuk, atau warna amaran palsu pada haiwan, apabila haiwan yang tidak berbahaya mempunyai keserupaan dengan haiwan yang berbahaya atau beracun. Dengan ini haiwan yang berkenaan akan mendapat perlindungan kerana pemangsa akan mengabaikan kedua-duanya. Misalnya, warna ular yang tidak berbisa menyerupai ular berbisa, dengan ini ular yang tidak berbisa itu dapat mengelakkan dirinya daripada musuh.
animal unitunit haiwanPertanianAgroteknologiPiawaian yang digunakan dalam kajian haiwan untuk kegunaan pertanian. Satu unit haiwan telah ditetapkan beratnya 1000 lb (454 kg) dan keperluan forajnya ialah 26 lb (12 kg) bagi satu hari. Sekiranya ternakan ini beratnya 700 lb (318 kg), maka ia bersamaan dengan 0.7 unit haiwan. Bagi haiwan lain seperti kuda yang beratnya 1300 lb (590 kg), adalah bersamaan dengan 1.2 unit haiwan dan biri-biri yang beratnya 120 lb (54 kg) adalah bersamaan dengan 0.2 unit haiwan. Kegunaan unit ini adalah untuk menyelaraskan kadar muatan haiwan dalam sesuatu kawasan padang ragut.
feedmakananVeterinarTiadaBahan makanan yang diberi kepada haiwan bagi tujuan saraan, pertumbuhan dan pengeluaran. Bahan makanan berbeza mengikut jenis haiwan, misalnya haiwan ruminan diberi bahan kasar (berserabut) atau foraj seperti rumput, jerami dan hasil sampingan pertanian, manakala haiwan monogaster pula diberi konsentrat yang tinggi kualitinya seperti jagung, hampas kacang soya, dedak padi, dedak gandum, barli dan mil ikan. Bahan makanan ini membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin untuk menjamin kesempurnaan hidup ternakan. Di samping itu, bahan makanan ini diperlukan untuk menghasilkan produk-produk seperti daging, telur, susu dan bulu. Makanan yang diberi kepada ternakan mestilah berkualiti, enak, mudah dikendalikan, tiada kandungan toksik, mempunyai nilai cerna yang tinggi dan mencukupi kandungan nutriennya.
simple stomach animalhaiwan perut tunggalVeterinarTiadaHaiwan yang mempunyai satu perut untuk mencerna protein seperti yang terdapat pada ayam, babi, kuda dan arnab. Haiwan ini juga dikenali sebagai haiwan monogaster dan tidak mampu mencerna bahan-bahan berserabut tinggi di bahagian perut. Walau bagaimanapun, haiwan herbivor seperti kuda dan arnab boleh mencerna bahan berserabut tinggi di bahagian sekum dan kolon. Sinonim haiwan monogaster.
12345678910...

Kembali ke atas