Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg diimpikan, angan-angan, khayalan: berkahwin dgn gadis ~nya; ®mimpi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
impi
Kata Terbitan : mengimpikan, impian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara impian dengan cita-cita? Adakah dua perkataan tersebut sama maksud? Jika tajuk 'Impian Saya', murid menulis impiannya menjadi pemain bola sepak. Adakah itu betul?Adakah jawapan tersebut tergolong dalam 'cita-cita' atau 'impian'?Perbezaan antara impian dan cita-cita:

Impian bermaksud sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan atau angan-angan.

Cita-cita bermaksud:
1. Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat). Contoh: Cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak.
2. Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan. Contoh: Aku rintang pekerjaannya itu dgn cita-cita yang luhur.

Jika dilihat maksud bagi kedua-dua perkataan itu, tajuk yang lebih sesuai ialah Cita-cita Saya bagi merujuk keinginan untuk menjadi pemain bola sepak.
Istilah30.07.2015
Klinik ImpianUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my dan pilih jenis iklan Papan Premis.Lain-lain22.09.2019
Chow Sheng Feb 27th, 2:50pm salam sejahtera ..bolehkah saya tanya soalan BM ? 1..sebuah impian / sebuah pengalaman betul atau salah? 2. harap jangan betul atau salah? thanks(^_^)1. Karya kreatif biasa menggunakan ungkapan sebuah impian dan sebuah pengalaman. Namun begitu dalam ungkapan umum, frasa yang betul ialah suatu impian dan suatu pengalaman. Soalan tuan yang kedua tidak jelas. Sila hubungi kami semula melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami.Tatabahasa27.02.2015
Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, jangan terkalahkan oleh cabaran. Ingatlah, kejayaan sering kali terselindung di sebalik usaha dan ketekunan yang tidak diketahui orang. Tanpa mengira di mana dan pada bila-bila masa, yakinlah kepada kebolehan diri sendiri, pasti kalian dapat mencipta keajaiban yang menjadi milik sendiri. Adakah ucapan ini betul dari segi tatabahasa dan adakah ayat gramatis? Saya bimbang akan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa.Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, berani menempuh cabaran. Sesungguhnya, kejayaan terselindung di sebalik usaha dan ketekunan. Yakinlah akan kebolehan diri sendiri, pasti kalian akan dapat mencipta keajaiban di sebaliknya.Tatabahasa19.01.2024
Adakah ayat di bawah gramatis? Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Ayat yang betul ialah Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja pada hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka, bak kata pepatah “ditelan mati emak, diluah mati bapak.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 337 – 357 dan laman prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa21.01.2024
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
KEDIAMAN SUPERLINK 2-TINGKAT 26' x 75' YANG PERTAMA DI NILAI IMPIANUntuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sila ikuti arahan selanjutnya.Lain-lain14.09.2011
Selamat sejahtera encik/puan. 1. Minggu Sihat dan Cergas akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. 2. Minggu Sihat dan Cergas bertempat di dewan Taman Impian. adakah kedua-dua ayat ini betul? ayat 1 tiada letak pukul 5.30 petang dan ayat 2 kata dewan d huruf kecil. terima kasih.Berdasarkan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah, "Minggu sihat dan cergas akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Minggu sihat dan cergas bertempat di Dewan Taman Impian."Lain-lain16.01.2023
Apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa melayu untuk "bucket list"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "bucket list" ialah senarai impian atau senarai baldi (bidang komputer). Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan15.09.2021
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihPembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau.Tatabahasa26.09.2007
123

Kembali ke atas