Perang Mansurah , peperangan antara orang
Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al-
Salih dengan orang Perancis, di bawah
pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera
Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini
berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca
tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin
yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis
hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun
selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi.
Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke
kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu
mereka menanti peluang untuk memecahkan
kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan
Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan
dan impian mereka selama ini.