Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®kebut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar,
     hilang kabut tampaklah dia.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frontal fogkabut perengganMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang berkaitan dengan zon perenggan dan laluan perenggan. Kabut ini biasanya dibahagiakan kepada tiga jenis, iaitu kabut praperenggan perenggan panas, kabut pascaperenggan perenggan sejuk, dan kabut laluan perenggan. Dua jenis yang pertama merupakan hasil penurunan hujan ke udara sejuk yang stabil dan penaikan suhu takat embun. Kabut laluan perenggan pula dihasilakan oleh percampuran jisim udara panas dan sejuk dan zon perenggan atau oleh penyejukan mendadak udara di atas tanah lembap.
fogkabutSainsHidrometeorologiKekaburan di lapisan permukaan atmosfera yang disebabkan oleh ampaian titisan air, bersama dengan zarah asap atau tidak. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ketampakannya kurang daripada 1 km. Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara itu ke takat embunnya (menghasilkan kabut alir lintang, kabut sinaran atau kabut cerun atas) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut kukus atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4oF. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata.
frontal fogkabut perengganSainsHidrometeorologiKabut yang berkaitan dengan zon perenggan dan laluan perenggan. Kabut ini biasanya dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kabut praperenggan panas; kabut pascaperenggan sejuk; dan laluan perenggan. Dua jenis yang pertama merupakan hasil penurunan hujan ke udara sejuk yang stabil dan penaikan suhu takat embun. Kabut laluan perenggan pula dihasilkan oleh percampuran jisim udara panas dan sejuk dalam zon perenggan atau oleh penyejukan mendadak udara di atas tanah lembap.
fogkabutMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitis-titis air yang terampai, bersama-sama atau tanpa zarah asap yang menyebabkan kekaburan di lapisan permukaan atmosfera. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini merujuk ketampakan mendatar yang kurang daripada 1 km, Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. Kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara ke takat embunnya (menghasilkan kabut adveksi atau kabut sinaran) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut stim atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4?F. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata.
frost smokeasap ibunMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang terbentuk dalam keadaan yang sama dengan kabut stim, tetapi berlaku pada suhu yang lebih sejuk yang menyebabkan kabut ini terdiri daripada zarah ais dan bukan titis air. kabut ini merupakan sejenis kabut ais, dan jarang-jarang terjadi. Kabut ini juga disebut barber.
edge fogkabut pinggir/ kabut tepiKomunikasi MassaTiadaTiada
edge fogkabut pinggir/ kabut tepiGeologiTiadaTiada
edge fogkabut pinggir/ kabut tepiGeografiTiadaTiada
edge fogkabut pinggir; kabut tepiGeologiTiadaTiada
rime fogkabut rimeMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Sama dengan kabut ais. 2. Kabut adisejuk yang menyebabkan rime terumpuk pada objek yang terdedah.
12345678910...

Kembali ke atas