Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasih | Tanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama. Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima. Terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2017 |
Manakah oeribahasa yng betul Sedikit-sedikit lama-lama menjdi bukit arau dikit-dikit lama-lama menjadi bukit | Dalam buku Peribahasa yang terakam ialah "berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit". | Tatabahasa | 30.10.2017 |
maksud peribahasa sikit-psikit lama-lama jadi bukit | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. | Makna | 17.05.2009 |
maksud sikit-sikit lama-lama jadi bukit | Peribahasa yang betul ialah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit, maksudnya berjimat cermat. | Lain-lain | 17.05.2009 |
Sudah lama saya tidak pulang ke kampung, (entah-entah/lama-lama/kira-kira) dia sudah tidak tinggal di situ lagi. Bolehkah memberi maksud serta penggunaan frasa-frasa tersebut? Terima kasih! | Penggunaan yang betul ialah entah-entah. Entah-entah membawa maksud kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan. | Tatabahasa | 29.04.2021 |
Barang itu akan bertahan lama. Tahan lama atau bertahan lama? | Penggunaan perkataan yang betul dalam ayat yang diberikan ialah “tahan lama”. | Tatabahasa | 03.07.2023 |
"Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut? | Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan. | Lain-lain | 26.07.2018 |
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 3. Peserta itu pantas/laju betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan | Tatabahasa | 21.08.2010 |
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.03.2010 |
Saya Toulors Ruviya saya Belajar Bahasa Melayu Saya Ingin Bertanya Tentang Apakah Makna Lama-lamaan | Lama membawa maksud: 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat; 2. lama-kelamaan, lambat-laun. | Makna | 28.10.2015 |