Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kondomcondomAlat pencegah kehamilan untuk lelaki, diperbuat daripada getah atau membran semula jadi. Alat ini juga digunakan untuk mencegah penyakit kelamin.Menengah Rendah
testistestisOrgan pembiakan pada haiwan jantan atau individu lelaki yang menghasilkan sperma.Menengah Rendah
spermaspermGamet yang dihasilkan oleh haiwan jantan dan individu lelaki.Menengah Rendah
kelenjar prostatprostate glandKelenjar yang mengelilingi bahagian bukaan uretra lelaki atau mamalia jantan, yang merembeskan cecair bernutrien. Lihat RajahMenengah Rendah
zakarpenisOrgan senggama yang terdapat pada haiwan jantan dan individu lelaki.Menengah Rendah
semensemenBendalir yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh individu lelaki dan mamalia jantan.Menengah Rendah
seks heterogametheterogametic sexJantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y.Menengah Atas
hormon sekssex hormoneHormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
duktus spermasperm ductSaluran yang membawa sperma dari testis ke uretra dalam sistem pembiakan lelaki.Menengah Rendah
uretraurethraSalur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas