Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBIBulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa.Lain-lain18.10.2014
Saya memerlukan bantuan untuk memperbaiki teks satu muka surat yang telah diterjemah dalam bahasa melayu. Teks ini masih tidak elok dari segi bahasa melayu. Bolehkah pihak DBP betulkan teks yang dilampirkan. Saya berikan juga teks salam bahasa inggeris untuk rujukanPada masa yang akan datang, sila manfaatkan kemudahan yang ada di laman web kami untuk menyemak penggunaan istilah dan kata dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa16.01.2017
1) I would like to know what is the correct answer for question C? 2) If the answer is in blue print, can it relate to the question C? If no, what is the correct ayat Tanya for the answer in blue print. thanksLampiran yang diberi tidak dapat dilihat dengan jelas. Pada masa yang akan datang, sila kemukakan soalan dalam bahasa Melayu.Lain-lain29.07.2016
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan.Istilah14.06.2012
Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819ENTEROBIASIS.png. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain19.08.2014
Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819POLIOVIRUS.jpg. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my. Lain-lain19.08.2014
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih

Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami.

Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini.

Lain-lain28.10.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika frasa ini "Tanda-tanda bukan verbal sakit gigi" boleh diubah untuk pembaca umum. Adakah boleh ditulis begini, "Tanda sakit gigi bukan lisan"? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2496, verbal bermaksud arahan, perjanjian dan sebagainya secara lisan, bukan dalam bentuk bertulis. Verbal juga berkaitan dengan kata atau penggunaan kata-kata: hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu.

Oleh yang demikian, ayat yang sesuai untuk pemahaman masyarakat umum ialah "Tanda sakit gigi bukan secara lisan".

Walau bagaimanapun, sila berikan ayat penuh pada masa-masa yang akan datang bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang lebih tepat.

Lain-lain27.03.2024
Saya Nur Haslinda Binti Che Ahmad, saya pernah memohon jawatan di sini sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Boleh saya tahu, apakah status permohonan saya. Nama Penuh : Nur Haslinda Binti Che Ahmad Kad Pengenalan : 800208-07-5788 Sekian Terima Kasih.

Sdr,

Dengan hormatnya saya merujuk permohonan puan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu.

Dimaklumkan bahawa sebuah panel telah dibentuk untuk membuat penilaian dan pemilihan calon untuk ditemu duga dan puan tidak terpilih bagi temu duga jawatan tersebut. Pihak kami berharap semoga puan akan dapat menerima keputusan ini dengan reda dan mencuba lagi pada masa yang akan datang.

Selamat maju jaya dan terima kasih.

Maaf kerana terlewat menjawab kemusykilan puan.

Lain-lain01.11.2010
Ini merupakan susulan pertanyaan soalan kepada jawapan yang telah pihak tuan berikan kepada saya pada 21 Disember 2016 mengenai `Drama Festival Kuala Lumpur 2017'. Saya dimaklumkan pihak tuan telah menghubungi TV3 mengenai nama tersebut yang sepatutnya "Festival Drama Kuala Lumpur 2017" mengikut hukum DM. Namun promosi yang kelihatan di kaca TV3 dan TV9 masih terus menggunakan 'Drama Festival Kuala Lumpur'. Apakah penjelasan yang telah diberikan oleh pihak pengnjur kepada DBP hasil teguran ini?Jawapan yang kami terima, "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015" ialah kata nama khas bagi rancangan terbitan Media Prima. Mereka beranggapan kata nama khas perlu dikekalkan dan bersedia memberikan kerjasama dalam hal kebahasaan kepada pihak kami pada masa yang akan datang.Lain-lain09.01.2017
12345678

Kembali ke atas