Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) mema­syarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg pemimpin ~ di kampung saya. ~ siber masyarakat yg berpengetahuan ttg komputer dan teknologi maklumat. bermasyarakat 1 merupakan satu masyarakat. 2 bercampur dlm masyarakat; menggabungkan diri dgn masyarakat. memasyarakatkan memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. kemasyarakatan hal-hal mengenai masyarakat. pemasyarakatan perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti anjing kepala busuk.

Bermaksud :

Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Masyarakat-masyarakat di Manila, Vienna dan HavanaHantu RayaUtusan Zaman17.06.1979
Masyarakat membaca adalah masyarakat berilmu, buku-buku ilmiah dalampelbagai bidang terbitan baru DBP pastikan anda tidak ketinggalan!TiadaNew Straits Times01.12.1989
Masyarakat Lun Bawang, Bisaya meriahkan musim perayaan di SarawakTiadaUtusan Sarawak17.06.2008
Masyarakat jangan guna bahasa pasarYusop TeppoUtusan Borneo19.04.2009
Masyarakat perlu diberi kesedaran pentingnya peranan bahasa kebangsaanArshad HussinNew Sabah Times22.06.2006
Masyarakat wajar ambil iktibar sejarah tulisan jawiYatim Taubatal AndamNew Sabah Times05.03.2006
Masyarakat ModelShuib Bin SallehHarian Ekspress20.04.2008
Masyarakat Melayu kena kembali kepada citra 'Melayu itu Islam'Sharifudin LubisBerita Harian22.11.2008
Masyarakat Bajau kaya kebudayaanTiadaUtusan Malaysia03.11.2008
Masyarakat Melayu memerlukan akhbar JawiMatlobUtusan Melayu07.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas