Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu; ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bu­kan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 memagut dgn paruh; mencatuk: Ayam ~ cacing. 2 memukul ke depan (bkn picu senapang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuk
Kata Terbitan : mematuk,

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kerbau menanduk anak,
     dengan kaparan tanduk,
bukan dengan hujungnya.

Bermaksud :

Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain reinforcementpeneguhan berangkaiPsikologiPsikologi UmumPeneguhan yang dilakukan secara bersambung-sambung dan berselang-seli mengikut tindak balas yang ditunjukkan. Contohnya, sekiranya seekor burung merpati dilatih mematuk kunci kuning dan diikuti oleh peneguhan secara berselang tetap sehingga kunci ditukarkan kepada warna lain, maka peneguhan dihentikan sehinggalah tindak balas mematuk ditunjukkan semula.
despotismdespotismeBiologiEkologiSejenis keagresifan sosial dalam hierarki haiwan, seperti yang berlaku pada ayam. Katakan ada 12 ekor ayam. Ada seekor yang paling berjaya dan menjadi raja kepada yang lain. Selepas raja ini, ada seekor ayam lagi yang kurang agresif daripada raja tadi, tetapi lebih berjaya daripada yang 10 lagi. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas yang tidak dapat mematuk sesiapa pun, tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain.

Kembali ke atas