Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menyedut dan menelan benda cair, meneguk: dia ~ air kopinya yg masih lagi berasap-asap panas; 2. Id meng­hisap, menyedut (rokok, udara, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menghisap dan menelan benda cair: Dia sedang ~ air kopi panas. 2 menghisap; menyedut (udara dll): Mereka bersiar-siar sambil ~ udara petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hirup
Kata Terbitan : menghirup, hirupan,

Peribahasa

Berlapik seketiduran,
     sebantal sekalang hulu.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan.Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan."Tatabahasa22.07.2013
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima?Ayat tersebut boleh diterima.Tatabahasa22.07.2013
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman.

Ayat berikut saya betulkan:

1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar.

2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu.

3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang.

4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju.

5) Wah, comelnya anak-anak awak!

6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman.

Tatabahasa21.07.2008
Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _______ udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Manakah satu jawapan paling sesuai ? Boleh berikan penerangan tentang soalan ini. Terima kasih.

Mengikut Kamus kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama, iaitu menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut, hidung, dll). Untuk jawapan tersebut, sila rujuk Jabatan Pelajaran yang mengeluarkan soalan ini.

Tatabahasa08.12.2011
1. (Mengapakah/Bagaimanakah) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa-mangsa AIDS. Ayat ini betul atau salah ? boleh gunakan perkataan "bangkit" ? 3. Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _____udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.1. betul. 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa AIDS. 3. menghirup.Tatabahasa03.12.2009
Selamat sejahtera tuan/puan, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi perkataan berikut: 1) Mudawwin dan mukharrij Konteks: Orang yang menulis sesebuah hadis dalam kitab hadis disebut sebagai mudawwin atau mukharrij. 2) Maudu' atau mauduk Konteks: Hadis maudu' 3) Istinsyaq dan istinsar Konteks: Istinsyaq adalah perbuatan menghirup air ke dalam lubang hidung, manakala istinsar pula adalah mengeluarkan air itu semula. 4) Adakah kayu sugi perkataan baku bagi kayu siwak? 5) Bolehkah perkataan "bersama-sama" dan "dengannya" hadir bersama dalam satu ayat? Konteks: “Sesiapa yang mengamalkan sunahku, maka dia mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, maka aku akan (bersama-sama dengannya) / (bersama-samanya) di syurga.” 6) Apakah kata yang sesuai bagi "sa" dan "mudd" berdasarkan dunia sekarang? Konteks:Rasulullah SAW mandi dengan air sebanyak satu sa sehingga lima mudd, manakala berwuduk dengan satu mudd air Terima kasih.Untuk makluman tuan, bagi kata yang berkaitan dengan istilah agama Islam yang berkaitan dengan akidah dan hukum yang bersumberkan al-Quran dan Hadis yang dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi. 
1. Mudawwin, Mukharrij
2. Hadith Maudhu'
3. Ejaan ketiga, perlu dilihat ejaan asal sama ada "shin" atau "shod"
4. Kamus Dewan merakamkan kayu sugi yang sama makna dengan siwak/kayu siwak. 
5. Penggunaan yang betul ialah bersama-sama atau bersama dengan.
6. Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang maksud perkataan yang terkandung dalam hadis ini.
Ejaan19.10.2020
ISyafiq menelan sup ayam yang baru dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. IIPembinaan lebuh raya itu menelan kos berjuta-juta ringgit. IIIJasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih. IVKerajaan Malaysia telah menelan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. "Dalam keempat-empat ayat ada kesalahan tak?
Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Syafiq menghirup sup ayam yang bari dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar.
2. Pembinaan lebuh raya itu menelan kos jutaan ringgit.
3. Ayat " Jasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih" adalah
    betul.
4. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Tatabahasa26.04.2022

Kembali ke atas