Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (méntal) 1. berkaitan dgn atau meli­batkan akal, pemikiran, atau proses intelek­tual; 2. bp tidak siuman, sakit otak, gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk 1. terpelanting, terpental; 2. tidak lut (oleh senjata, peluru, dll), kebal; pental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Sunda); tak ~ tidak ada gunanya, tidak mujarab (ubat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /méntal/ berkaitan dgn pemikiran atau akal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mental (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan minda, pemikiran, benak, otak;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mental retardationkerencatan mentalPsikologiPsikologi UmumTahap kemampuan mental individu yang berada di bawah paras normal. Individu yang mengalami kerencatan mental biasanya mempunyai darjah kecerdasan yang kurang daripada 70. Walau bagaimanapun, individu ini masih boleh melakukan tugasan biasa seperti makan, memakai pakaian, berkomunikasi, berbelanja dan bekerja. Individu ini boleh merasakan penolakan, pemencilan, sindiran atau cercaan. Sekiranya individu tersebut diberi peluang dan sokongan semasa peringkat kanak-kanak, biasanya mereka akan mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dengan baik.
mental health treatmentrawatan kesihatan mentalKriminologiKeadilan JenayahPerkhidmatan yang diberikan kepada pesakit mental untuk memulihkan tahap kesihatan mentalnya. Mental yang bercelaru menyebabkan pesakit mental bersikap agresif untuk melakukan jenayah.
mentalmentam; mental; daguPerubatanTiada1. Mental: Berkaitan dengan ingatan atau psikik.,2. Dagu: Berkaitan dengan dagu.
mental illnesspenyakit mentalKriminologiKeadilan JenayahKeadaan kesihatan mental yang mempengaruhi rasa hati (mood), pemikiran dan kelakuan seseorang, yang diiktiraf dan disahkan oleh pakar atau pusat psikiatri.
non-organic mental disordergangguan mental bukan organikPerubatanTiadaSebarang gangguan mental yang puncanya tidak diketahui, yang mungkin bersifat psikosis atau neurosis.
non-organic mental disordergangguan mental bukan organikFarmasiFarmakologiSebarang gangguan mental yang puncanya tidak. diketahui, yang mungkin bersifat psik:osis atau neurosis.
serious mental harmkecederaan teruk mentalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
mental disordergangguan mentalFarmasiFarmakologiSebarang penyakit atau keadaan seseorang yang berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pada otak, yang seterusnya mengganggu fungsi otak. Gangguan mental, seperti halusinasi boleh berlaku disebabkan masalah-masalah psikologi atau boleh juga disebabkan oleh pengambilan drug dan alkohol, atau disebabkan oleh penyakit organik seperti barah otak, nyanyuk dan keletihan.
mentalmentam; mental; daguPsikologiTiadaTiada
mental defectkecacatan mentalFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas