Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadi marah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anafrontanaperengganGeografiTiadaPerenggan di mana jisim udara panas naik ke atas lapisan udara sejuk.
warm frontperenggan panasKejuruteraanTiadaPerenggan yang terbentuk apabila udara panas mara, manakala udara sejuk berundur. Udara panas yang lebih ringan akan naik ke atas udara sejuk dan menghasilkan kerpasan.
cold frontperenggan sejukGeografiTiadaSempadan perenggan bagi sesebuah jisim udara sejuk yang sedang mara dan menggantikan udara panas yang lebih perlahan dan oleh itu menyebabkan udara panas tersebut naik ke udara.
fluidised bed drierpengering padatan bendalirMakanan dan PemakananTeknologi MakananPengering ini menggunakan udara panas yang dipaksa naik melalui padatan pepejal yang terampai dalam udara. Partikel makanan setebal 15 cm yang dikeringkan diletakkan sedalam 15 cm di atas dulang logam berliang atau berjaring dan ditiup oleh udara panas dari bawah. Ini menjadikan makanan terampai dan bergoncang dengan kuat. Udara panas dalam pengering ini bertindak sebagai medium pengering dan pembendalir. Kaedah ini menyediakan luas permukaan makanan yang maksimum. Penggunaan pengering ini terhad bagi makanan berpartikel kecil yang berupaya dibendalirkan tanpa kerosakan mekanikal yang kuat, seperti kacang pis, bijirin dan makanan serbuk.
hot airmasskumpulan udara panasGeografiTiadaJisim udara yang naik akibat kesan pemanasan permukaan bumi terhadap lapisan rendah udara.
buoyancykeapunganKejuruteraanTiada1. Hanyutan mengapung naik dialami oleh jisim udara panas apabila memasuki ruang atmosfera yang lebih sejuk.
instability rainhujan tak stabilGeografiTiadaHujan yang berlaku apabila suatu jasad udara naik dan berkembang, kerana ia lebih panas dan lebih tumpat daripada udara di atasnya. Akibat gerakan menegak jasad tersebut, udara akan sejuk melalui proses adiabatik dan menghasilkan hujan.
kiln drierpengering dapurMakanan dan PemakananTeknologi MakananPengering ini terdiri daripada bangunan dua tingkat yang menempatkan relau atau pembakar di tingkat bawah dan bahan yang hendak dikeringkan di tingkat atas. Bahan ini diserak setebal 0.1-0.2 m dan dikeringkan dengan udara panas yang naik ke atas melalui perolakan. Alat ini biasanya digunakan untuk mengering hop, gegelang epal dan malt.
label of free convectionaras olakan bebasSainsHidrometeorologiAras suatu kompok udara terjulang secara adiabatik kering sehingga tepu dan ketepuan secara adiabatik selepas itu mula menjadi lebih panas dibandingkan dengan kawasan sekitarnya dalam keadaan atmosfera tak stabil. Pada gambarajah termodinamik, aras olakan bebas dinyatakan dengan titik silangan kelok proses yang mewakili proses diikuti kelompok yang sedang naik, dan kelok dugaan yang mewakili kadar tukaran suhu di persekitaran itu. Dari aras olakan bebas ke titik tempat kompok yang naik sekali lagi menjadi lebih sejuk daripada persekitarannya, atomosfera dicirikan oleh ketakstabilan pendam. Di seluruh kawasan ini, kompok udara akan memperoleh tenaga kinetik semasa naik.
Showalter indexindeks ShowalterMeteorologiMeteorologi PerhubunganIndeks kestabilan yang ditentukan dengan membawa naik kompok udara dari aras 850 hPa secara adiabatik kering ke titik tepu, kemudiannya secara adiabatik tepu, ke aras 500 hPa. Pada aras 500 hPa, suhu kompok udara dibandingkan dengan suhu sekitaran, perbezaan dua suhu ini akan memberikan magnitud indeks. Sekiranya suhu kompok udara lebih sejuk daripada suhu sekitarannya, indeks bernialai positif; sekiranya lebih panas, indeks bernilai negatif. Ribut petir cenderung berlaku apabila nilai indeks berkurang daripada nilai ambang, iaitu +4.

Kembali ke atas