Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg di­keluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perben­da­haraan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk meng­olah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; mengolah mengerjakan se­suatu (spt memasak, mengukir) se­hing­ga menjadi benda lain yg lebih sempurna. ~ bahan mentah memproses barang-barang mentah supaya men­jadi bahan yg dpt digunakan. ~ tanah mengerjakan tanah supaya dpt di­tanami. pengolahan perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. pengolah 1 orang yg mengolah. 2 alat yg di­gunakan utk mengolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
invitinglyadv seolah-olah menggoda: he drew a comfortable chair forward ~, dia menarik kerusi yg empuk ke depan seolah-olah menggoda saya; she smiled ~, dia tersenyum seolah-olah menggoda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incredulousadj tdk percaya; (attrib), (seolah-olah) tdk percaya: he was ~ at first, pd mulanya, dia seolah-olah tdk percaya; she gave him an ~ smile, dia tersenyum seolah-olah tdk percaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thoughas ~, seolah-olah: I feel as ~ I’m walking on air, saya berasa seolah-olah berjalan atas angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-mouthedmenggerakkan bibir seolah-olah + approp v: she ~ed the word ‘four’ to indicate how many she wanted, dia menggerak-gerakkan bibirnya seolah-olah menyebut perkataan ‘empat’ utk menunjukkan jumlah yg dikehendakinya; the actor ~ed his lines,<Kamus Inggeris-Melayu Dewan
specious adj (fml) seolah-olah betul: he produced a number of ~ arguments as to why he should be given this privilege, dia mengemukakan beberapa hujah yg seolah-olah betul ttg mengapa dia patut diberi kemudahan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
searchingadj (of look) seolah-olah mencari kepastian; (of examination, inquiry, review, etc) sangat teliti: she gave me a ~ look, dia memandang saya, seolah-olah mencari kepastian; a ~ inquiry, siasatan yg sangat teliti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
silentlyadv 1. without speaking aloud, seolah-olah merayu: her expression ~ pleaded for mercy, air mukanya seolah-olah merayu memohon belas kasihan; 2. without making a sound, dgn senyap: the machine runs ~, mesin itu bergerak dgn senyap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mock3. make (st) appear useless, seolah-olah mengejek: the truck ~ed our attempts to push it out of the mud, trak itu seolah-olah mengejek usaha kami utk menolaknya keluar dr selut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
if~ only, kalaulah: ~ only she new, kalaulah dia tahu; as ~, seolah-olah, seakan-akan: he acts as ~ he is the boss, dia berlagak seolah-olah dia ketua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
like 1 conj (colloq) 1. as though, as if, macam, seperti, seolah-olah: he orders everyone about ~ he’s the boss, dia mengarah setiap orang di situ seolah-olah dia bos; 2. in the same manner as, macam, seperti: you don’t learn a language ~ you learn mathematics, kita tak boleh belajar bahasa macam kita belajar matematik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas