Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh ke perkataan "Pasar Tani Kekal Putrajaya" digunakan untuk menamakan bangunan? Mohon semakan tuan.Untuk penggunaan Pasar Tani Kekal telah dijawab kepada En. Radzi dan En Shaharuddin melalui e-mel pada 14/9/2023. Sila berhubung dengan pegawai tersebut. Untuk penamaan bangunan, puan boleh membuat permohonan melalui portal  www.dbpsahbahasa.my
Lain-lain05.09.2023
Salam. Tuan.. Mak Cik Kintan peniaga sayur di pasar tani. _______ menjual sayuran segar yang diambil dari ladang. A. Dia B. Beliau jawapannya A atau B tuan. Terima kasih...Mak Cik Kintan peniaga sayur di pasar tani. Dia menjual sayuran segar yang diambil dari ladang.Tatabahasa03.03.2015
keliru dgn ayat serumpun..contoh soalan sekiranya soalannya berbunyi mak cik suraya membeli _________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani nak gunakan seikat atau serumpunMak cik suraya membeli seikat serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani.Tatabahasa15.08.2016
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas.Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut.Tatabahasa08.08.2012
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
1.Pelajar baharu atau pelajar baru. 2.Suasana di pasar tani itu riuh-rendah dengan suara penjual ikan. Penggunaan dengan betul atau salah

1. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk masa. Bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh, Pelajar baharu, Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, dll.

2. Penggunaan dengan dalam ayat tersebut betul.

Istilah14.07.2009
Bolehkah penjodoh bilangan 'sebatang' digunakan untuk rebung? Contohnya:Ibu membeli sebatang rebung di pasar tani.

Saudara Nikam,

Penjodoh bilangan yang sesuai bagi rebung ialah batang. Saudara boleh membuat  rujukan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa06.08.2009
Assalamualaikum. Merujuk kepada yang berikut: Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Adakah 'dan lain-lain' juga termasuk dalam kategori aposisi yang disebut di atas? Adakah tanda koma perlu diletakkan di hadapan 'dan lain-lain'? Sekian, terima kasih.Wassalam. "dan lain-lain" juga termasuk dalam fungsi tanda koma mengapit aposisi seperti "dan sebagainya", "dan yang lain", dan seumpamanya.Lain-lain18.11.2019
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasihDalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar.  Akar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa.Tatabahasa25.04.2011
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
12

Kembali ke atas