Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. aset komputer (Ig. computer asset) Perkakasan, perisian, data, media dan pengguna yang terlibat dalam Atur cara lelabah biasanya digunakan oleh enjin gelintar untuk membantu mencari maklumat dalam Internet. Atur cara ini juga dihasilkan untuk membolehkan pengguna hasad mengimbas seluruh kandungan prasarana pengkomputeran organisasi tanpa perlu melakukan arahan yang banyak. atur cara tinkerbell (Ig. tinkerbell program; Br. atur cara tinkerbell; Id. program tinkerbell) Perisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer

Kembali ke atas