Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang?

Walaikummussalam,

Saudara,

1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan  realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan  melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut  memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah  menentukannya berdasarkan kehendak kajian.

2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik.

sekian, terima kasih.  

Sastera26.01.2011
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
Salam sejahtera..terlebih dahulu terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pihak DBP berikan terhadap persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini. Soalan saya mengenai golongan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai imbuhan. Adakah perkataan "makan" dan "minum" golongan kata kerja transitif? contohnya: i.Dia minum.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia minum air. iii. Dia minum di kantin. iii. Air diminumnya. (Adakah diminum bentuk pasif?) i.Dia makan.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia makan roti. iii. Dia makan di kafeteria. iv. Roti dimakannya. (Adakah dimakan itu pasif)Makan dan minum adalah kata kerja transitif. Ayat yang gramatis ialah 'Dia minum air' dan 'Dia makan nasi', kedua-dua ayat ini boleh dipasifkan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, diterangkan ada tiga bentuk ayat pasif, yang lazim diketahui ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 'di' dan 'ke' (lihat halaman 489). Jika ayat aktif boleh diikuti oleh keterangan, begitulah juga dengan ayat pasif, contohnya: Dia minum air di kantin (aktif) boleh diubah menjadi Air diminum olehnya di kantin (pasif), contoh yang lain Dia makan roti di kafetaria (aktif), boleh diubah menjadi Roti dimakan olehnya di kafetaria (pasif).Tatabahasa17.02.2011
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya?Selamat petang:

Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.  Sekian.
Tokoh10.12.2016
Cara menulis persoalan dalam sastera. Adakah selepas perkataan persoalan dimulakan dengan kata nama/ kata terbitan. Contoh, persoalan kegigihan bekerja. Kegigihan ialah kata nama terbitan. Boleh tidak selepas persoalan dimulakan dengan kata kerja atau kata tugas. Contoh, persoalan tolong-menolong dalam masyarakat. Tolong-menolong ialah kata kerja. Persoalan tidak menghargai masa. Tidak ialah kata nafi.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon berikan soalan yang lebih mudah difahami supaya pihak kami boleh memberikan bantuan. Walau bagaimanapun, berikut diberikan contoh ayat yang tepat berkenaan penggunaan perkataan persoalan yang bermaksud sesuatu yang dipersoalkan atau masalah.

Contoh dalam ayat: Semakin hari "persoalan" wanita semakan menjadi bertambah menarik.

Tatabahasa03.05.2020
Saya ingin mendapat penjelasan tentang teknik menulis persoalan yang betul untuk menjawab kertas Kesusasteraan Melayu SPM. Golongan kata yang manakah yang betul digunakan selepas perkataan persoalan. Adakah kata nama/ kata nama terbitan sahaja, atau boleh menggunakan perkataan golongan kata kerja, kata adjejtif atau kata tugas. Contoh 1: Persoalan kegigihan bekerja. Perkataan kegigihan ialah kata nama terbitan. Contoh 2: Persoalan mementingkan diri sendiri. Perkataan mementingkan ialah kata kerja. Adakah kata kerja boleh diletakkan selepas perkataan persoalan. Contoh 3: Persoalan tidak mementingkan masa. Perkataan tidak ialah kata nafi (golongan kata tugas). Adakah kata nafi boleh diletakkan selepas perkataan persoalan. Jika kata kerja dan kata nafi tidak boleh diletakkan selepas perkataan persoalan, bolehlah digunakan perkataan sikap selepas perkataan persoalan. Contoh 1: Persoalan sikap mementingkan diri sendiri. Contoh 2: Persoalan sikap tidak mementingkan masa.Pada kelazimannya kata nama dirangkaikan dengan kata nama atau kata sendi nama, seperti persoalan wanita dan persoalan dalam kalangan wanita. Kata persoalan juga boleh diikuti dengan kata nafi. Satu lagi aspek yang perlu diberikan perhatian ialah aspek makna kata. Contohnya ayat, persoalan mementingkan diri sendiri memberikan maksud yang tidak jelas. Oleh itu, ayat itu juga menjadi kurang tepat. Walau bagaimanpun, untuk mendapatkan skema jawapan yang betul berkaitan dengan peperiksaan, tuan perlu merujuk pihak yang lebih berwibawa, iaitu guru yang mengajarkan subjek berkenaan.Tatabahasa06.05.2020
Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya.Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".

Tatabahasa13.05.2014
Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih.Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong.
Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. 
Tatabahasa19.03.2022
persoalan berkaitan penggunaan perkataan mahkamah syariah dalam ayat perlu huruf besar ke? contoh ayat: didapati kes tersebut diadili di mahkamah syariah petang esok. Bagaiman pula penggunaan dalam ayat ini Mahkamah Syariah Kota Bharu perlu huruf besar ke terima kasih

Perkataan mahkamah syariah tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, jika perkataan tersebut digandingkan dengan nama tempat, negeri atau yang seumpamanya,  maka perkataan tersebut menjadi kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, Mahkamah Syariah Kota Bharu.

Tatabahasa29.07.2020
Persoalan tentang penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Adakah jawapan yang diberikan betul? 1. Dua orang pekerja sedang memasang penyaman udara di rumah Abu. Jawapan : Penyaman udara sedang dipasang oleh dua orang pekerja di rumah Abu.Jawapan ayat pasif yang diberikan adalah betul.Tatabahasa04.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas