Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal bertengkar: runding­an telah membawa kpd ~ dan ~ pula mem­bawa kpd perkelahian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal bertengkar; perbalahan; perbantahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengkar
Kata Terbitan : bertengkar, bertengkaran, menengkarkan, mempertengkarkan, pertengkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Animals do not engage in political quarrels. They are in the utmost fellowship with one another and live together in harmony. Terjemahannya: Haiwan tidak terlibat dalam pertengkaran politik. Mereka hidup dalam persahabatan sepenuh dengan satu sama lain dan hidup bersama secara berharmoni. Adakah terjemahan ini sesuai. Bolehkah "mereka" digunakan ketika merujuk kepada haiwan? Apakah terjemahan yang lebih sesuai.

Cadangan terjemahan yang sesuai ialah:
Haiwan tidak terlibat dalam pertengkaran politik. Haiwan hidup berkumpulan secara harmoni.
 
atau
Haiwan tidak terlibat dalam pertengkaran politik dan hidup berkumpulan secara harmoni.

Kata ganti diri "mereka" ialah kata ganti nama yang digunakan untuk manusia dan bukan untuk binatang.

Lain-lain11.12.2019
Tuan, Ayat berikut adalah benar atau tidak tentang penggunaan memperkawan dan memperkawankan? 1. Sue ingin memperkawan Mei Ling. 2. Aliza ingin memperkawankan Sue dengan Mei Ling selepas pertengkaran yang berlaku antara Sue dengan Men Ling dua bulan yang lalu. Terima kasih. Cik OngDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memperkawankan bermaksud mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (berkenaan orang yang belum kenal-mengenal, orang yang bermusuhan) manakala memperkawan berkawan dengan seseorang.  Daripada maksud yang diberikan, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah betul.Tatabahasa11.10.2016
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"?Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran.Makna05.03.2013
Apakah perbezaan mengendahkan dan tidak mengendahkan?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 577) kata mengendahkan bermaksud memberikan perhatian atau mengambil peduli terhadap sesuatu atau seseorang. Maka, tidak mengendahkan bermaksud sebaliknya, iaitu tidak memberikan perhatian atau mengambil peduli terhadap sesuatu atau seseorang.

Contoh penggunaan kedua-dua kata kerja transitif ini ialah: Selepas pertengkaran itu, dia tidak lagi mengendahkan kawannya. Dia tidak mengendahkan hasutan orang lain.
 
Makna15.08.2023

Kembali ke atas