Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petroleum;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. b)Petronas berperanan mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. manakah penggunaan imb me..kan adalah betul?Ayat yang betul ialah a) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Tatabahasa11.07.2013
Petronas ________singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. A. ialah B. adalah C. merupakan Mohon jawapan dan penjelasan bagi jawapan yang betul, dan fungsi perkataan 'merupakan' dalam ayat.Terima kasih.Petronas ialah singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama  "singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional".Tatabahasa30.05.2013
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih.Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah.Tatabahasa30.05.2013
adakah betul ejaan 'petroliam' pada singkatan Petronas?

Saudara,

Perkataan 'petroleum" dalam bahasa Inggeris apabila diserapkan ke dalam bahasa Melayu tetap menjadi "petroleum" bukan "petroliam". Walau bagaimanapun, perkataan  "petroliam" pada nama Petronas sudah menjadi nama khas yang telah didaftarkan.  

Ejaan21.10.2010
LPG ROOMBILIK GAS PETROLEUM CECAIRIstilah03.03.2011
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan...
Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta.

Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta

Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan

Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan.

petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin.
Tatabahasa13.10.2012
saya sertakan no rujukan tersebut DBP/KPB/201203/01104 dan DBP/KPB/201203/01103 no file rujukan yang telah diluluskanUntuk makluman, DBP tidak mengesahkan nama khas dan nama dalam bahasa Inggeris seperti SAPURA KENCANA PETROLEUM. Untuk pengesahan DBP, keterangan jenis bangunan perlu ditambah atau perkataan bahasa Melayu yang lain perlu diletakkan di bahagian atas nama tersebut. Contohnya: MENARA, BANGUNAN, PEJABAT URUSAN dan lain-lain. Permohonan pengesahan nama bangunan perlu dihantar melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain15.05.2012
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist?Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang  berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). Makna03.04.2008

Kembali ke atas