Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) pisau utk mencukur rambut (janggut dll); b) ki perempuan yg meng­habiskan wang (harta) lelaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa khabar? Saya ada dua soalan. 1. Sila tanya, selain daripada "pisau cukur", bolehkah saya guna "perempuan kaki cukur" untuk menggelar seorang perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki? 2. Sila tanya yang mana adalah betul untuk kedua-dua ayat "keretapi" dan "kereta api"? Ataupun, kedua-dua pun boleh digunakan? Terima kasih.

1. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perempuan yang suka menghabiskan harta atau wang lelaki digelar sebagai pisau cukur.

2. Ejaan yang betul ialah kereta api.

Lain-lain06.05.2020
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
Assalammualaikum & Salam sejahtera Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di sarawak. Saya ingin tahu dari manakah asal usul simpulan bahasa berikutdan apakah cerita di sebalik setiap simpulan bahasa itu. anak emas tangkai jering mati katak pisau cukur ajak-ajak ayam malu-malu kucing ringan tangan serkap jarang durian runtuh otak udang segala bantuan amat saya hargai, sekian terima kasih :)Soalan ini sudah dijawab.Lain-lain21.02.2010

Kembali ke atas