MIKROTOM | Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk memotong bahan menjadi sangat nipis supaya keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen, pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat juga Mikroskop; Mikrotomi. | UMUM | |
TEGANGAN PERMUKAAN | Tegangan permukaan ialah daya yang menyebabkan permukaan cecair berkelakuan dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika ia diletakkan di atasnya dengan teliti. Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai kererambutan. | UMUM | |
SKIMMER | Skimmer, juga dikenali sebagai scissorbill, ialah burung yang berkaitan dengan burung camar dan tern. Nama skimmer diberi kepada burung ini kerana tabiatnya melayap dengan pantas di permukaan air. Semasa melayap paruhnya terbuka dan bahagian bawahnya berada di bawah permukaan air, menyuap serangga, ikan kecil, udang serangan, dan lain-lain haiwan kecil. Nama scissorbill berasal daripada paruhnya yang nipis bak pisau cukur yang bahagian bawahnya lebih panjang daripada bahagian atas. Burung ini menyengetkan badannya semasa terbang, untuk mengelakkan sayapnya tersentuh air. | UMUM | |
KELAWAR PENGHISAP DARAH | Kelawar penghisap darah ialah nama beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika Tengah dan bahagian tropika Amerika yang menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain haiwan berdarah panas, dan menghisap darah mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir. | UMUM | |