Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa marah kerana dihina dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Bermaksud :

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sakit hati ataupun hati sakit bagi orang yang tersentuhYang betulnya ialah sakit hati.Tatabahasa18.07.2010
hanya keimanan dapat mengikis penyakit sakit hati dalam kalangan manusia. ( mengapakah ayat ini salah dalam penggunaan penyakit? TK)Berdasarkan konteks ayat, frasa sakit hati merupakan suatu perasaan bukan penyakit hati. Ayat yang betul ialah "Hanya keimanan dapat mengikis perasaan sakit hati dalam kalangan manusia."Tatabahasa11.08.2013
Salam sejahtera, Bolehkah "pissed off" diterjemahkan sebagai "berasa sakit hati"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

 Kami mencadangkan frasa "pissed off" diterjemahkan sebagai geram, marah, panas hati atau sakit hati mengikut kesesuaian konteks ayat.

Terima kasih.
Makna16.01.2018
Mohd Irfan Sep 2nd, 12:26pm IKLAN DI HADAPAN CENTRAL MARKET CENTRAL MARKET TULISAN CINA SINCE 1888 mohon DBP ambil tindakan dan war2 kan apakah tindakan DBP tersebut sangat sakit hati melihat ini berlaku di Ibu Negara MalaysiaTerima kasih atas aduan pihak tuan. Pihak kami telah menghantar surat teguran kepada DBKL dan DBKL maklum akan aduan tersebut dan akan mengambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih.Lain-lain02.09.2015
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastianMerujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah.Tatabahasa26.07.2012
salam antara tugas-tugas malaikat adalah seperti berikut: (Che________, 2009) berdasarkan petikan di atas, betulkan cara penulisan rujukan di atas? perlukah rujukan ditulis selepas tan da ':' ataupun sebelum?Contoh penulisan rujukan yang betul: Tulisan-tulisannya, khususnya pada bahagian akhir dari buku Hikayat Abdullah (Abdullah, 1966:62) jelas telah mengobarkan rasa sakit hati siapa pun juga ....Tatabahasa07.09.2012
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007
Salam sejahtera. Soalan saya ialah adakah terdapat kata "penasaran" untuk kegunaan Bahasa Melayu?Ejaan yang betul ialah panasaran. Perkataan tersebut berasal daripada kata Sunda. Menurut Kamus Dewan, panasaran bermaksud terlalu ingin hendak mendapatkan sesuatu (berbuat dan lain-lain), berasa kecewa (tidak puas hati), sangat marah atau sakit hati (kerana kecewa, dicela dan lain-lain).Ejaan22.03.2021
Maksud lansungLangsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; Lain-lain04.08.2010
12

Kembali ke atas