Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berlengah-lengah atau tidak ternanti-nanti lagi; terus dilakukan; lekas-lekas; cepat-cepat: Surat ini hen­daklah dihantar ~. menyegerakan me­lakukan sesuatu dgn segera: Kami memohon supaya kerajaan ~ pembinaan klinik di kampung ini. mempersegera menjadikan lebih segera; mempercepat. penyegeraan proses atau perbuatan menyegerakan: Bahan yg dihasilkan itu adalah utk ~ pulihnya kesegaran kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segera (adjektif)
Bersinonim dengan cepat, lekas, pantas, laju, deras, ekspres;,
Kata Terbitan : bersegera, menyegerakan, kesegeraan,

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan 'Kerja Segera / Kerja Kecemasan'Kerja segera ialah kerja yang dilaksanakan dalam keadaan segera atau diperlukan segera. Kerja kecemasan ialah kerja yang dilaksanakan dalam keadaan kecemasan. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan ungkapan kerja segera lebih biasa digunakan.  Makna27.04.2009
Pohon pengesahan penggunaan frasa berikut: Pada kadar segera atau dalam kadar segera? Merujuk perkara di atas atau merujuk perkara tersebut di atas?1) Pada kadar segera kerana ayat tersebut menunjukkan keterangan waktu.
2) Merujuk perkara di atas lebih tepat dan gramtis.
Lain-lain29.06.2015
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup?Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning.Makna09.05.2012
1. Adakah ayat (a) di bawah betul? Bolehkan 'segera' diletakkan selepas 'Mereka'? Jika tidak, mengapa? (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. 2. Di dalam suatu gambar, perkataan 'Fresh Cookies Every Day' dipaparkan. Tetapi teks untuk bacaan adalah seperti berikut: Dia membaca papan tanda di kedai itu: "Biskut baru setiap hari." Adakah 'biskut baru' itu betul ataupun 'biskut segar'? Bolehkah biskut dikatakan 'segar'? 3. Apakah perbezaan 'ialah' dan 'adalah'? Bagaimanakah ia digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab dalam 1 atau 2 hari. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut betul. (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. Terjemahan bagi fresh cookies ialah "biskut baru". Perkataan "biskut segar" tidak sesuai. Kedua-dua ialah dan adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya: Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita.  Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. contoh: Kenyataan daripada pegawai undang-undang itu adalah sangat penting. Tatabahasa23.04.2011
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya.Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya.Tatabahasa21.07.2008
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Tatabahasa20.04.2011
mohon semakan segera surat dan tag line sayangi pantai kita. Terima kasihBersama-sama ini disertakan surat yang telah disemak.Tatabahasa25.04.2017
tolong hantar segera jawapan ...kami sedang menyemnak kertas peperiksaanSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain19.08.2015
Why is eating plenty of instans noodles bad for health? Mengapakah terlau banyak makan mi segera tidak baik untuk kesihatan? Mengapakah banyak makan mi segera tidak baik untuk kesihatan? antra dua ayat terjemahan berikut yang mana lebih tepat?Terjemahan yang betul ialah
Mengapakah makan mi segera terlalu banyak tidak baik untuk kesihatan?
Penyemakan dan penterjemahan06.11.2018
Penggunaan yang betul. 1. Guru memberi bimbingan segera kepada murid-murid... @ guru segera memberi bimbingan kepada murid-murid... 2. membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan... @ membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan... 3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan @ 2. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan 4. Guru menayangkan video @ guru menayang video 5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.1. Guru memberi bimbingan kepada murid-murid.
2. Membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan ... Membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan .... Kedua-dua ayat itu betul. 
3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan. Menandai dan menandakan kedua-duanya betul. 
4. Guru menayangkan video .... 
5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya.
Tatabahasa26.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas