Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®sunah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sunnah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, yang manakah tepat? "al-Sunnah, as-sunnah atau Sunnah"?Ejaan yang betul ialah sunah.Ejaan27.03.2012
Salam. Pertanyaan mengenai ejaan yang mana betul, As-sunnah, as-Sunnah atau al-Sunah? adakah perlu di italickan?Ejaan yang betul ialah sunah.Ejaan02.09.2015
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil bagi perkataan 'ahli Sunnah dan ahli Sufi'. Haruskah menggunakan huruf besar bagi perkataan 'Sunnah' dan 'Sufi' atau "ahli al-sunnah dan ahli-ahli-sufi'? Sekian, terima kasih.Frasa ahli sunah dan ahli sufi dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk kata nama yang khusus seperti Ahli Sunah Waljamaah.Tatabahasa26.12.2014
salam , bagaimanakah ejaan yang tepat bagi perkataan "ahli sunnah wal jamaah" dari sudut huruf besar dan kecil?Ejaan yang betul ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu nama khas bagi kelompok/kumpulan tertentu.Ejaan21.03.2012
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5

Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit.

Lain-lain06.07.2009
Ejaan sunah yang betul. Adakah “sunnah” atau “sunah”?Ejaan yang betul ialah sunah. Ejaan07.02.2021
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP.

DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam  visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 
1. Keterangan aktiviti perniagaan  contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan.
2. Nama kedai HABIB ULUNG
3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A)
Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Lain-lain29.10.2018
Mana satu yang tepat : 'al-Quran dan al-Sunnah' atau 'al-Quran dan al-Sunah'Ejaan yang tepat ialah "al-Quran dan al-Sunah".Lain-lain07.01.2022
Bagaimana menulis quote atau petikan yang diambil daripada al-Quran, sunnah atau penulis-penulis tersohor? Adakah perlu diletakkan pembuka kata dan penutup kata? Atau tanda petik tunggal?Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Oleh itu, petikan tersebut perlu diletak tanda yang berikut " ... ".Ejaan27.02.2017
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasihEjaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah.Ejaan13.06.2012
12

Kembali ke atas