Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tékan) IB 1. = tekanan bp tanda­tangan; 2. = menekan bp membubuh (menurun­kan) tandatangan, menandatangani;~ kontrak a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli kontrak; ~ mati bp bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan berani mati; ~ serdadu bp masuk menjadi serdadu; teken I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ~ kundai sj hiasan pd kundai (drpd emas dll); bertekan bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangan­-nya ~ di meja; bersetekan Mn bertekan;menekan 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, meng­gencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemo­dal utk ~ golongan miskin; 3. ki meng­henti-kan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki meng­adakan desakan yg keras terhadap, mengasak, men­desak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menye­belah kepadanya; 6. ki = menekankan mengata­kan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suara­nya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusah­kan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya; menekankan 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegas­kan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutama­kan, meni­tik­beratkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; tertekan ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebih­an dan ini telah menimbulkan pemberonta­kan ber­senjata; tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah men­cerita­kan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluar­nya;tekanan 1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2. sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr ~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg menggang­gu perjalanan fikiran; 3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4. sesuatu yg dipentingkan (diutamakan); ~ atmosfera (Fiz) tekanan pd suatu titik di per­mukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; ~ darah tekanan pd dinding arteri yg nilainya ber­gantung pd daya pengepaman jantung, ke-kenyal­an dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah; ketertekanan perihal (keadaan) tertekan; penekanan perihal menekan (menekan­kan); penekan alat dll utk menekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bertekan bertumpu dgn ke­dua-dua belah tangan atau siku; ber­telekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. bertekankan bertumpu pd: Dia berbaring ~ tulang rusuk. menekan 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. menekankan 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. tertekan 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. tekanan 1 desakan utk menekan: ~ yg kuat. 2 keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan menanggung beban yg sukar utk d­i­tanggung: ~ inflasi. 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. ~ atmosfera ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah, kesan drpd denyutan jantung. ~ hidraulik tekanan yg di­hasilkan oleh kuasa hidraulik, iaitu kuasa meka­nikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip. ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. penekan alat dll utk menekan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekan
Kata Terbitan : bertekan, menekan, menekankan, tertekan, tertekan-tekan, tekanan, penekanan, penekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "power press machine? Sama ada istilah yang tepat ialah "mesin tekan berkuasa" atau "mesin tekan kuasa"? Sekian, terima kasih. Nurul Zehan SofiaKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

power press machine
- mesin tekan kuasa

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.07.2021
Adakah terjemahan berikut betul? Please press ENTER to continue. - Sila tekan MASUK untuk teruskan. - Sila tekan MASUK untuk meneruskan.Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ENTER di sini membawa maksud arahan dalam bidang pengkomputeran, oleh itu terjemahan yang betul ialah Sila tekan MASUK (ENTER) untuk meneruskan.Istilah23.02.2018
mohon semakan untuk penyataan ini Sila tekan loceng untuk perkhidmatan (atau) Sila tekan loceng untuk bantuan Terima kasihKedua-dua penyataan tersebut boleh digunakan bergantung pada pada konteks sama ada perkhidmatan atau bantuan yang hendak dinyatakan.Tatabahasa10.04.2009
Salam. Saya ingin meminta pihak DBP untuk menterjemahkan makna perkataan STAMPING ke dalam bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memohon lesen perniagaan kilang tempat saya bertugas.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "stamping" ialah tekan teraTekan tera bermaksud 
1. Proses menghasilkan imej pada kertas dengan mengecap secara mekanikal atau dengan tangan. 
2. Proses membentuk sesuatu kepingan logam, plastik dan sebagainya dengan menggunakan hentakan atau tekanan yang kuat.
Istilah04.03.2014
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih.1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair
2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair.
3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant.
Istilah25.10.2016
Semasa beli-belah dalam talian, kita akan perlu tekan butang "checkout"sebelum menjelaskan bil. Adakah "pembayaran" penterjemahan yang sesuai untuk "checkout"?Dalam data kami checkout diterjemahkan kepada semak habis atau semak keluar.Penyemakan dan penterjemahan24.12.2014
Ada kah, iklan papan kami lulus ?Tuan/puan perlu membuat permohonan pengesahan bahasa untuk iklan secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran yang ditetapkan. Pihak kami akan memproses iklan tuan/puan selepas bayaran diterima. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

1. Masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan papan utama. Contohnya PEJABAT URUSAN  atau lain-lain yang bersesuaian.

2. Betulkan Tel.:   (Letak titik dan dirapatkan)

3. Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris dalam  bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) kecuali nama yang telah didaftarkan.

4. 
Sila lampirkan keseluruhan visual iklan dan teks yang lebih jelas setiap butirannya untuk memudahkan penyemakan daripada pihak kami.





Lain-lain24.03.2021
Saya sudah beberapa kali cuba untuk daftar iklan syarikat sy , bila sy tekan butang daftar , tiada apa2 yang berlaku...menyebabkan sy terpaksa mencuba lagi..sila beri tunjukajar cara yang betul..sekian, terimakasihBagi membantu tuan menangani masalah teknikal sistem ini, sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP di talian 03-21479373.Lain-lain30.04.2015
Apakah penggunaan kata yang sesuai untuk 'tap' bagi IT? Adakah 'ketik' atau 'tekan'? Contoh ayat: Tap to open the failUntuk mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi istilah berkenaan, mohon hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03-21442506 atau 03-21424381.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2014
Saya ada ternampak iklan mengenai jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka, namun bila saya tekan pada pautan yang berkenaan, saya tidak menjumpai sebarang iklan jawatan kosong. jadi, bagaimana saya hendak memohon kekosongan jawatan berkenaan? Terima kasih.Puan Siti Sarah, berhubung hasrat puan untuk memohon jawatan kosong di DBP, saya sarankan puan melayari laman sesawang dbp.gov.my dan memuat turun borang permohonan jawatan kosong tersebut. Menerusi laman sesawang tersebut juga, puan boleh melihat beberapa kekosongan jawatan berserta gred jawatan. Terima kasih dan semoga berjaya.

Sekian.
Lain-lain09.04.2018
123456

Kembali ke atas